KesabaranSampel

Patience

HARI 6 DARIPADA 6

Kepercayaan yang Sempurna terhadap Kesabaran

Kita dapat belajar daripada wanita yang luar biasa dalam Alkitab dan kisah mereka. Kami di The Kristen Collection mendasarkan cerita dan koleksi kami pada wanita dalam Alkitab. Sara dan Abraham merupakan wira iman kami yang hebat. Menjadi ibu memanglah idaman hati Sara. Ia perlu MEMPERCAYAI Allah dan berharap kepada-Nya dengan sabar untuk mengabulkan itu.

Meskipun semasa menderita, sentiasa adanya harapan untuk masa depan dengan Allah. Dalam firman-Nya Allah berjanji bahawa Dia mengendalikan segala hal sehingga menghasilkan yang baik bagi orang yang mengasihi Dia dan yang sudah dipanggil-Nya. Allah menjanjikan masa depan yang cerah untuk kita. “Aku yakin bahawa aku akan mengalami kebaikan TUHAN dalam hidupku di dunia ini.” (Mazmur 27:13)

Sementara kita menunggu sesuatu yang betul-betul diidamkan, kita belajar untuk berserah kepada Allah. Kita juga mengakui bahawa Dia ialah TUHAN Raja dan pengaturan masa-Nya sentiasa sempurna. Dalam Kejadian 21, kita digalakkan kerana Allah telah menunaikan janji-Nya kepada Sara.

“TUHAN memberkati Sara sebagaimana yang sudah dijanjikan-Nya. Pada masa yang telah ditentukan Allah, ketika Abraham sudah tua, Sara mengandung lalu melahirkan seorang anak lelaki.” (Kejadian 21:1-2)

Pada hari ini: "Diamlah dan ketahuilah, bahwa Akulah Allah!" (Mazmur 46:11 TB)

Aplikasi

Tuliskan perkara yang sedang anda harapkan. 

Tuliskan janji Allah yang terkandung dalam Alkitab. 

Pilihlah untuk berdiam dan mengetahui bahawa Dia berkuasa.

Doa

Allah yang dikasihi, saya bersyukur kerana saya boleh berdiam dan mengetahui bahawa Engkau berkuasa. Saya berharap kepada-Mu Tuhan, penuhilah hati saya dengan kekuatan-Mu dan keberanian-Mu, Amin.

Hari 5

Perihal Pelan

Patience

Kami berharap pelan bacaan ini akan mengilhamkan anda untuk mula memupuk buah kesabaran dalam hidup anda. Buat beberapa tahun yang lalu kami mendapati walaupun keadaan tidak sentiasa menyenangkan, Allah akan menggunakan keadaan tersebut untuk membentuk watak kita. Allah ingin kita menghadapi dugaan dengan penuh kesabaran.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada iDisciple kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://thekristencollection.com