KesabaranSampel

Patience

HARI 3 DARIPADA 6

Iman dan Kesabaran 

Kita memerlukan kesabaran supaya iman kita boleh menjadi matang. Rasul Petrus menggesa kita supaya jangan berpuas hati tetapi mencuba sedaya upaya untuk memberikan respons terhadap janji Allah untuk membina iman kita. Membina iman kita bukanlah pengalaman yang berlaku sekali sahaja. Melihat iman kita bertumbuh memakan masa dan kesabaran. Iman bagaikan otot yang memerlukan senaman untuk suatu tempoh untuk berkembang. Perjalanan iman kita adalah satu perjalanan harian yang sabar. Dalam budaya kepuasan segera, kita jarang meluangkan masa untuk bersabar dan membina iman kita dengan aktif. 

Kita menghadapi musim yang berbeza dalam hidup kita. Seperti musim alam semula jadi: musim bunga, musim panas, musim luruh dan musim sejuk; Musim kehidupan mengajar kita kesabaran dan hanya sebilangan kecil persekitaran yang mengajar kita tentang musim kehidupan seperti kebun. Semasa membesar di kebun, saya menyedari sejak kecil lagi bahawa petani bercucuk tanam dan menunggu musim penuaian dengan sabar. Ini merupakan satu proses yang indah. Potensi tumbuhan terkunci di dalam biji benihnya, dalam persekitaran yang sesuai, hasil yang lebat akan diperoleh. Kita mempunyai potensi yang besar yang terkunci dalam diri kita, berharaplah kepada Allah dengan sabar. 

Saya suka musim bunga, kerana musim ini dipenuhi dengan buah kesabaran. Sebelum musim bunga ialah musim sejuk, saya tidak tahu tentang anda tetapi musim itu memanglah bukan musim kegemaran saya kerana semua pokok adalah tanpa daun dan tidak berbuah, tetapi tidak lama kemudian pokok tersebut akan menjadi subur, hijau, dan berbunga. Pada musim sejuk, biji benih yang telah disemai adalah dorman dan tidak ada tanda kehidupan. Kemudian, tibalah musim bunga! Ibrani 11:1 mengingatkan kita bahawa janji Allah adalah dorman dalam kehidupan kita. Seperti perubahan musim, kita boleh menunggu dengan sabar dan yakin bahawa janji-Nya akan digenapi!

Aplikasi

Bagaimanakah anda boleh membina iman anda secara praktikal pada hari ini?

Mintalah seorang kawan Kristian untuk berdoa dengan anda tentang pengembangan iman anda.

Doa

Allah yang dikasihi, bantulah kesabaran saya untuk menjadi matang dan bantulah saya setiap hari untuk membina iman saya melalui firman-Mu. Amin

Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Patience

Kami berharap pelan bacaan ini akan mengilhamkan anda untuk mula memupuk buah kesabaran dalam hidup anda. Buat beberapa tahun yang lalu kami mendapati walaupun keadaan tidak sentiasa menyenangkan, Allah akan menggunakan keadaan tersebut untuk membentuk watak kita. Allah ingin kita menghadapi dugaan dengan penuh kesabaran.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada iDisciple kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://thekristencollection.com