KesabaranSampel

Melayani Orang Lain dan Kesabaran
Bila sesuatu perkara itu memakan masa, kesabaran diperlukan. Dalam 1 Petrus 5:6, kita digalakkan untuk merendahkan diri ke bawah tangan Allah yang berkuasa, supaya Dia meninggikan kita pada masa yang ditetapkan-Nya. Salah satu cara yang paling baik untuk merendahkan diri adalah melayani orang lain dengan kurnia rohani yang telah diberikan kepada kita oleh Allah. Bacaan hari ini mengingatkan kita bahawa kita semua telah diberikan kurnia rohani. Dengan melayani orang lain, kita melatih kesabaran dengan menggunakan kurnia kita untuk memajukan kerajaan Allah dan bukannya agenda kita. Sama ada kita menerima penghargaan atau sebaliknya bukanlah tumpuan pelayanan. Tujuan pelayanan adalah memuliakan Allah dan melayani orang lain.
Saya diajar bahawa ketika anda melayani orang lain, fokus anda beralih dan anda menerima perspektif yang baru tentang situasi anda. Saya menggalakkan anda untuk mendengar keperluan orang lain dengan sabar dan melayani mereka dengan kurnia yang telah diberikan oleh Allah kepada anda.
Aplikasi
Senaraikan bakat dan kurnia anda
Bagaimanakah anda dapat melayani orang lain dengan kurnia dan bakat anda?
Doa
Allah yang dikasihi, saya bersyukur kerana bakat dan kurnia yang telah Engkau berikan kepada saya. Roh Kudus, tolonglah saya untuk menggunakan kurnia tersebut untuk melayani orang lain dengan sabar. Amin
Perihal Pelan

Kami berharap pelan bacaan ini akan mengilhamkan anda untuk mula memupuk buah kesabaran dalam hidup anda. Buat beberapa tahun yang lalu kami mendapati walaupun keadaan tidak sentiasa menyenangkan, Allah akan menggunakan keadaan tersebut untuk membentuk watak kita. Allah ingin kita menghadapi dugaan dengan penuh kesabaran.
More
Pelan yang Berkaitan

Sukacita untuk Perjalanan: Menemui Harapan di Tengah-tengah Dugaan

Benih: Apa dan Mengapa

Bangkitlah dan Bersinarlah

Serahkanlah Segala Kekhuatiran Kamu

Apakah Tujuan Saya? Belajar Mengasihi Allah dan Mengasihi Orang Lain

Mengasihi dan Terus Mengasihi

Terpilih - Mendedahkan Wanita dalam Kristus

Semua Yang Jerih Lelah: Allah Menyertai Saya

Anthem:Kasih Kurnia dalam Cerita Hidup Anda
