Kamu DikasihiSampel

You Are Loved

HARI 4 DARIPADA 4

Dipanggil untuk Mengasihi Tuhan Dan Orang Lain

Kamu harus mengasihi orang lain dengan ikhlas. Kamu harus membenci apa yang jahat, tetapi berpegang kepada apa yang baik. (Roma 12:9)

Yesus meringkaskan banyak hukum Perjanjian Lama dengan perintah yang terutama untuk mengasihi Tuhan Allah dengan sepenuh hati dan mengasihi sesama manusia seperti kita mengasihi diri sendiri (Matius 22:37-40). “Manusia” dalam petikan ini tidak terhad kepada mereka yang hidup berdekatan dengan kamu. Ia merujuk kepada sesiapa sahaja yang kamu temui atau orang yang kamu dapat pengaruhi. Memanglah mudah untuk mengasihi diri sendiri. Kita mudah memaafkan kesilapan diri dan memfokus pada perbuatan baik kita. Sesungguhnya lebih sukar untuk mengasihi orang lain.

Sekiranya kita betul-betul memahami kasih Tuhan dan berita baik injil, kita akan berazam untuk berkongsi kasih itu dengan setiap orang yang mungkin. Petikan hari ini dipenuhi dengan banyak perintah yang memberikan kita contoh menunjukkan kasih sayang, pengampunan, dan belas kasihan terhadap orang lain. Antara perintah ini, yang manakah kamu rasa Tuhan sedang mencabar kamu untuk terapkan dalam interaksi kamu dengan orang lain pada hari ini?

Sebelum kita memberi pelbagai alasan, janganlah lupa bahawa Yesus mati demi kita, malahan mati di atas kayu salib, untuk mengasihi kita. Janganlah lupa bahawa Tuhan memanggil setiap orang Kristian mempersembahkan diri sebagai suatu korban yang hidup (Roma 12:1)! Sememangnya tidak mudah untuk mengasihi orang lain, namun itulah yang Tuhan mahu kita lakukan. Bermula dengan berdoa untuk orang lain, dan Tuhan akan meredakan kemarahan kamu, membantu kamu mengatasi alasan, seterusnya membuka jalan untuk kamu menunjukkan dan berkongsi kasih Kristus. 

Ketika kamu berdoa, mohonlah Tuhan kita yang penyayang untuk membantu kamu mengasihi orang lain. 


Kami berharap pelan ini telah menggalakkan kamu. Untuk lebih banyak renungan daripada penulis seperti Duane Loynes, terokai sumber alkitabiah yang lain daripada Words of Hope .

Hari 3

Perihal Pelan

You Are Loved

Tuhan mengasihi kamu. Tidak kira siapa pun kamu, walau apa pun situasi yang sedang kamu hadapi sekarang, Tuhan mengasihi kamu! Dalam bulan ini, ketika kita meraikan kasih, janganlah lupa bahawa kasih Tuhan terhadap kamu adalah lebih besar daripada kasih yang lain. Dalam pelan empat hari ini, selami kasih Tuhan.

More

Kami mengucapkan terima kasih kepada Words of Hope kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.woh.org/youversion