Kamu DikasihiSampel
Kasih Tuhan yang Penuh Kesabaran
Aku akan membawa dia ke padang gurun lagi. Di sana, Aku akan memujuk dia dengan kata-kata cinta. (Hosea 2:13)
Semasa dalam darjah dua, seorang budak lelaki di kelas saya bersumpah bahawa dia akan menahan nafasnya sehingga perempuan yang disukainya membalas cintanya. Melihat mukanya naik merah dengan ketakutan, perempuan itu berkata dengan tiba-tiba, “OK! Saya suka kamu!” Tidak perlu dikatakan, “hubungan ” mereka tidak tahan lama.
Dalam petikan yang indah dalam Hosea ini, kita membaca bahawa ketika umat Tuhan memilih untuk mengikut tuhan yang lain, Tuhan tidak putus asa dengan mereka. Daripada memaksa mereka untuk mengasihi-Nya, Tuhan berfirman bahawa Dia akan memujuk mereka dan berbicara dengan lemah lembut, memberikan harapan kepada mereka ketika mereka putus asa. Melalui tindakan ini, Tuhan menyatakan, mereka akan memanggil-Nya “suamiku” (ayat 16) kelak. Ini merupakan janji Kristus. Melalui kematian dan kebangkitan Kristus, tirai yang memisahkan kita dan Tuhan terbelah dua. Kita telah diampunkan sepenuhnya, tingkah laku lepas kita yang tidak bijaksana telah dilupakan. Tuhan membuka luas pintu harapan, dan kita melihat bahawa Dia bukanlah Tuan yang mendesak kita untuk mengasihi-Nya, sebaliknya Dia ialah Tuhan yang sabar dan ingin menjalin hubungan dengan kita. Bukan hubungan yang dipaksa, tetapi hubungan yang kita inginkan kerana Dia telah menunjukkan betapa panjangnya kasih-Nya melalui darah Yesus Kristus.
Hari ini, memperhitungkan kasih Tuhan yang penuh sabar. Dia tidak mendesak kamu untuk mengasihi-Nya, sebaliknya Dia sentiasa memanggil kamu, dan mengalu-alukan kamu ke pangkuan-Nya.
Ketika kamu berdoa, bersyukurlah kepada Tuhan yang setia atas kasih-Nya. Mohonlah kepada Dia untuk membantu anda mengasihi orang lain sebagaimana Dia mengasihi kamu.
Kitab
Perihal Pelan
Tuhan mengasihi kamu. Tidak kira siapa pun kamu, walau apa pun situasi yang sedang kamu hadapi sekarang, Tuhan mengasihi kamu! Dalam bulan ini, ketika kita meraikan kasih, janganlah lupa bahawa kasih Tuhan terhadap kamu adalah lebih besar daripada kasih yang lain. Dalam pelan empat hari ini, selami kasih Tuhan.
More