Kamu DikasihiSampel
Kasih adalah Penting
Hendaklah kamu saling mengasihi, seperti Aku mengasihi kamu. (Yohanes15:12)
Ketika manusia memikir-mikirkan misteri kehidupan, salah satu soalan yang sungguh membingungkan ialah mengapa benda wujud. Mengapa wujudnya sesuatu itu dan bukannya tiada apa-apa? Dalam Alkitab, jawapan sepatah kata bagi soalan ini ialah kasih. Kasih Tuhan ialah kuasa yang mewujudkan alam semesta ini. Kasih Tuhan ialah sebab kamu dan saya dicipta, dan jugalah sebabnya kita masih hidup dan bernafas pada saat ini. Kasih ialah sifat Tuhan, dan Dia mahu ia menjadi sifat manusia juga. Kasih ialah tanda agung jiwa manusia yang autentik.
Kata-kata Yesus kepada murid-murid-Nya di bilik di tingkat atas pada malam terakhir hidup-Nya merupakan wasiat-Nya untuk keluarga pengikut-Nya. Perintah utama-Nya adalah ringkas: “Hendaklah kamu saling mengasihi, seperti Aku mengasihi kamu.”
Satu perkara yang dijelaskan dalam Alkitab ialah kasih seperti Kristus adalah satu-satunya ukuran sebenar hidup yang berjaya. Semua kurnia dan keupayaan yang lain adalah sia-sia, semua kejayaan yang lain batal dan tak sah, tanpa kasih. Menurut ahli teologi agung Karl Barth, semua pencapaian hidup anda, tanpa kasih, seumpana sederet angka sifar tanpa nombor positif di depannya: betapa panjang pun senarai itu, ia masihlah kosong.
Jadi, apakah itu kasih sejati? Semestinya, kelihatan seperti Yesus.
Ketika kamu berdoa, mohonlah agar Tuhan membantu kamu untuk lebih mengasihi orang lain seperti-Nya setiap hari.
Kitab
Perihal Pelan
Tuhan mengasihi kamu. Tidak kira siapa pun kamu, walau apa pun situasi yang sedang kamu hadapi sekarang, Tuhan mengasihi kamu! Dalam bulan ini, ketika kita meraikan kasih, janganlah lupa bahawa kasih Tuhan terhadap kamu adalah lebih besar daripada kasih yang lain. Dalam pelan empat hari ini, selami kasih Tuhan.
More