Yesus Mengasihi AkuSampel

Jesus Loves Me

HARI 7 DARIPADA 7

Kerana Alkitab Mengajar Aku 

Sebagai orang Kristian, kita telah memilih Alkitab sebagai standard tidak berubah-ubah bagi segala tindakan dan kepercayaan kita kerana itulah yang dilakukan oleh Yesus. Kita mesti membaca dan mematuhi Firman Allah untuk menyedari identiti kita dalam Kristus. Yesus mendakwa bahawa setiap perkataan dalam Alkitab adalah tetap dalam alam semesta—lebih daripada planet yang kita diami ini. Tetapi lebih mudah bagi langit dan bumi ini lenyap daripada satu titik pun dalam Taurat ditiadakan. (Lukas 16:17)

Firman Allah juga memberikan kita daya ketahanan, dorongan, dan harapan apabila kita mengikut Yesus dalam dunia yang rosak ini. Apabila anda mengikut Yesus dan membenarkan Firman Allah untuk membentuk semula anda, ia akan membina semula anda supaya anda dapat berfungsi dalam setiap dimensi: hubungan anda, fikiran anda, tabiat anda, dan pilihan anda. 

Dalam dunia yang goyah, berubah-ubah, bahaya, dan tidak tenteram ini, Allah mahu menjadikan anda stabil. Lebih daripada itu, Allah mempunyai perbuatan baik untuk dilaksanakan oleh anda. Allah ingin menjadikan anda berhasil. Dia mahu menjadikan anda terang dalam kegelapan. Allah akan menggunakan anda dalam persekitaran anda dan dalam kehidupan anda. Dia akan melakukan ini apabila anda menyerahkan diri anda kepada Firman Allah dan membenarkannya untuk memperhalus serta memperbaik anda.

Setiap seorang daripada kita adalah kerja dalam proses. Apabila anda mendapati terdapat lingkungan lain dalam kehidupan anda yang tidak selaras dengan apa yang anda atau Allah inginkan, jangan rasa kecewa. Apabila anda mendapati terdapat dosa baru dalam hati anda atau menemui sesuatu yang teruk dalam kehidupan anda, jangan rasa murung. Setiap projek pemulihan adalah kerja dalam proses, dan setiap pengikut Yesus jugalah kerja dalam proses.

Firman Allah jugalah sebuah peta. Inilah yang saya perhatikan tentang peta. Sama ada anda menggunakan peta kertas ataupun aplikasi, anda mempercayai orang yang telah menghasilkan peta atau aplikasi tersebut. Demikianlah dengan Firman Allah. Ada kalanya apabila kita fikir, saya betul-betul ingin belok ke kanan, namun, Firman Allah memberitahu saya untuk belok ke kiri. Anda boleh mempercayai Firman Allah dalam semua situasi. 

KeKristianan dan asas yang telah kita lihat daripada lirik Jesus Loves Me membuat perbezaan dalam kehidupan dan dunia semasa kita. Apabila Allah memperbaharui pemikiran anda, melalui ketaatan anda dan melalui kuasa Roh Kudus, anda akan mula hidup daripada reka bentuk sebenar anda dan mengalami penggenapan serta tujuan yang telah dirancang oleh Allah untuk anda.


Adakah anda memiliki rutin membaca Firman Allah yang tetap dan konsisten? Buatlah komitmen itu hari ini. 

Hari 6

Perihal Pelan

Jesus Loves Me

Jika seseorang menanya anda, "Apa yang perlu saya percaya untuk menjadi orang Kristian?" apakah jawapan anda? Menggunakan lirik mudah lagu yang digemari, "Jesus loves me, this I know, for the Bible tells me so" ("Yesus mengasihi aku, aku tahu, kerana Alkitab mengajar aku"), seorang wartawan yang menjadi pastor membantu anda memahami apa yang anda percaya dan sebabnya. Penulis buku laris John S. Dickerson menerangkan kepercayaan Kristian yang penting secara jelas dan baik serta menunjukkan mengapa kepercayaan tersebut adalah penting.

More

Kami berterima kasih kepada Baker Publishing kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://bakerbookhouse.com/products/235847