Yesus Mengasihi AkuSampel

Jesus Loves Me

HARI 5 DARIPADA 7

Aku

Memanglah menarik untuk berfikir tentang manusia sejagat daripada perspektif Allah—setiap seorang daripada ratusan juta orang membuat ribuan pilihan setiap hari. Allah melihat pembunuhan. Dia melihat pengedaran dadah. Dia melihat ibu hamil yang menghidu kokain, memudaratkan bayinya. Dia melihat suami dan bapa pendera yang melukakan orang yang sepatutnya dilindungi oleh mereka. Dia melihat peperangan dan rasisme, ketaksuban, dan ketidakadilan.

Pada masa yang sama, setiap hari, Allah melihat jutaan ibu baik yang mendukung bayi mereka, menghiburkan mereka pada waktu malam. Dia melihat bapa penyayang yang mengajar anak perempuan mereka menunggang basikal. Dia melihat wira yang mengorbankan nyawa dan keselesaan mereka untuk menyelamatkan orang lain.

Apabila Allah melihat semua kekucar-kaciran manusia—kebaikan dan kejahatan—apakah perasaan-Nya? Saya mencadangkan bahawa satu soalan ini—Bagaimana Allah melihat saya?—menjawab semua soalan manusia sejagat.

Allah melihat kebinasaan indah yang ingin sekali dipulihkan-Nya.

  • Indah. Anda telah dicipta menurut gambar Allah. Anda memiliki nilai dan maruah semula jadi yang tidak dapat dirampas daripada anda.
  • Telah binasa. Seperti saya dan setiap orang yang anda temui, anda dikakis setakat tertentu oleh kejahatan dalam dunia ini.
  • Patut dipulihkan. Allah berhasrat untuk memulihkan reka bentuk asal anda. Dia mahu anda menjalankan kehidupan bebas kakisan; bebas daripada ketakutan akan kematian; bebas daripada pemisahan, penderitaan, keremukan, ataupun segala jenis kejahatan.

Setiap manusia, walau betapa cacat, remuk, atau jahat pun masih memiliki kesan dan tanda kemuliaan asal yang telah diberikan oleh Allah kepada seluruh bangsa manusia.

Pada masa yang sama, setiap manusia, walau betapa berbakat, bermoral, atau baik pun, masih dinodai setakat tertentu oleh kejahatan yang telah memenuhi dunia ini dan dosa yang telah dipilih oleh kita.

Dalam Efesus 2:10, Allah menggambarkan anda sebagai karya agung-Nya, poema tereka bentuk; itu merupakan perkataan Yunani yang menerbitkan perkataan "poem (puisi)." Dalam keabadian, kita yang mempercayai Tuan itu untuk memulihkan kita akan menunjukkan sinar gemilang-Nya, mengkhabarkan bahawa Dia bukan sahaja paling berkuasa di alam semesta ini, bukan sahaja Pencipta yang terserlah malah Penebus yang terutama, yang memulihkan apa yang ingin dimusnahkan oleh kejahatan. Inilah siapa kita ini dalam Kristus.


Dalam lingkungan kehidupan anda yang manakah anda paling sedar akan keadaan "binasa" anda? Dalam lingkungan kehidupan anda yang manakah anda paling memerlukan kuasa "pemulihan" Allah untuk membaharui anda? 

Hari 4Hari 6

Perihal Pelan

Jesus Loves Me

Jika seseorang menanya anda, "Apa yang perlu saya percaya untuk menjadi orang Kristian?" apakah jawapan anda? Menggunakan lirik mudah lagu yang digemari, "Jesus loves me, this I know, for the Bible tells me so" ("Yesus mengasihi aku, aku tahu, kerana Alkitab mengajar aku"), seorang wartawan yang menjadi pastor membantu anda memahami apa yang anda percaya dan sebabnya. Penulis buku laris John S. Dickerson menerangkan kepercayaan Kristian yang penting secara jelas dan baik serta menunjukkan mengapa kepercayaan tersebut adalah penting.

More

Kami berterima kasih kepada Baker Publishing kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://bakerbookhouse.com/products/235847