Yesus Mengasihi AkuSampel
Mengasihi
Hari ini kita melihat kepentingan apa yang telah dilakukan oleh Mesias—Yesus Kristus—kerana tindakan-Nya menyampaikan intipati kasih. Dia mengorbankan nyawa-Nya untuk membayar upah dosa dunia—untuk menerima balasan terhadap dosa anda dan dosa saya. Jadi, apakah yang dimaksudkan oleh, "Yesus mengasihi aku?" Apakah yang dimaksudkan oleh perkataan "mengasihi"?
Yesus dengan rela hati mengorbankan nyawa-Nya di salib untuk menyelamatkan anda daripada dosa dan daripada kematian. Sekarang ini, hidup baru tersedia ketika anda mempercayai-Nya dan menerima kurnia keselamatan-Nya. Ini bermakna anda memiliki:
kedamaian kalau tidak kekhuatiran akan mendefinisikan anda,
kebebasan daripada rasa malu kalau tidak rasa bersalah akan mendefinisikan anda,
kebebasan daripada dosa kalau tidak dosa akan memperhambakan anda,
identiti kesempurnaan rohani (kekudusan)
dijadikan anak angkat dalam keluarga Allah dan bukannya hidup bersendirian,
dan keyakinan bahawa anda dikasihi.
Ini bermaksud anda disukai oleh orang yang paling penting di bilik itu, peribadi yang paling penting dalam alam semesta. Ini bermaksud bahawa Yesus—yang merupakan Allah—telah membuktikan kasih-Nya terhadap anda dalam tindakan yang paling dramatik yang mungkin: Dia dengan rela hati mengorbankan nyawa-Nya untuk menyelamatkan anda.
Apabila anda mengesahkan kepercayaan anda tentang kasih Allah bagi anda, berikut adalah satu doa untuk membantu anda menjadikan kepercayaan anda bahawa Yesus telah menyatakan kasih-Nya kepada anda apabila Dia menderita di salib itu sebagai sesuatu yang menyentuh peribadi.
Tuhan Yesus,
Saya memilih untuk menerima pengampunan yang dimungkinkan oleh-Mu apabila Engkau mati di salib untuk saya. Saya mempercayai bahawa Engkau telah membuktikan kasih-Mu kepada saya apabila Engkau membayar upah dosa untuk menyelamatkan saya. Terima kasih kerana Engkau telah menanggung dosa saya. Terima kasih kerana Engkau telah mati di tempat saya. Terima kasih kerana Engkau telah memberikan saya kurnia pengampunan, hidup abadi, dan hubungan yang benar dengan Allah. Yesus, Engkau telah membuktikan kasih-Mu terhadap saya melalui tindakan-Mu. Tolonglah saya sekarang ini untuk menunjukkan kasih saya terhadap-Mu dengan tindakan saya. Amin.
Jadi, apakah tindakan pengorbanan diri terbesar yang boleh dibuat oleh seseorang untuk menyatakan kasihnya terhadap orang lain? Yesus telah menjawab soalan ini. Inilah yang dikatakan-Nya: "Jika seseorang mati bagi sahabat-sahabatnya, hal itu menunjukkan bahawa dia orang yang paling mengasihi mereka" (Yohanes 15:13). Apabila Yesus menyatakan ini, Dia meramalkan apa yang Dia akan lakukan di salib: mati bagi anda, sahabat-Nya.
Kasih dibuktikan melalui tindakan dengan peredaran masa, dan semakin besar tindakan pengorbanan diri itu, semakin ikhlasnya kasih itu. Bagaimanakah anda menunjukkan kepada orang dalam kehidupan anda bahawa anda mengasihi mereka?
Perihal Pelan
Jika seseorang menanya anda, "Apa yang perlu saya percaya untuk menjadi orang Kristian?" apakah jawapan anda? Menggunakan lirik mudah lagu yang digemari, "Jesus loves me, this I know, for the Bible tells me so" ("Yesus mengasihi aku, aku tahu, kerana Alkitab mengajar aku"), seorang wartawan yang menjadi pastor membantu anda memahami apa yang anda percaya dan sebabnya. Penulis buku laris John S. Dickerson menerangkan kepercayaan Kristian yang penting secara jelas dan baik serta menunjukkan mengapa kepercayaan tersebut adalah penting.
More