Kedamaian yang HilangSampel
Ketenangan Fikiran
Ingat kembali waktu anda hidup dengan susah payah. Mungkin anda bergelut dengan kekhuatiran atau kemurungan. Mungkin anda kehilangan orang yang dikasihi. Mungkin anda mengatasi impian yang hancur, atau kehilangan matlamat hidup anda. Apakah beberapa hal yang membantu yang dilakukan oleh orang lain untuk anda?
Anda mungkin tidak mengingati kata-kata seseorang itu. Namun, anda ingat siapa berada di sisi anda. Anda ingat orang yang mendengar, orang yang datang, dan orang yang meluangkan masa untuk menemani anda.
Semasa kita mengatasi pergelutan kita yang paling mencabar, kita boleh berharap dalam Allah yang sentiasa menyertai kita. Sebenarnya, dalam kitab Yesaya, Yesus dipanggil Imanuel, yang bermaksud "Allah menyertai kita."
Semasa kita bergelut untuk menemukan kedamaian di tengah-tengah keadaan kita, ada kalanya perkara terbaik yang kita boleh lakukan ialah mengakui bahawa Allah menyertai kita dan bersyukur kepada-Nya atas kurnia hadirat-Nya.
Berita baiknya ialah kita tidak perlu melakukan ini dengan kekuatan diri. Apabila kita mengikut Yesus, Dia memberikan kita satu hadiah lagi—hadirat Roh Kudus. Kita tidak perlu menempuh atau memberanikan diri dan bertenang bersendirian. Sebaliknya, kita boleh meminta Roh Kudus untuk memimpin hidup kita, melindungi hati kita, dan menghasilkan buah yang lebih penting daripada kekecewaan kita.
Seperti yang diingatkan oleh Paulus:
Orang yang hidup menurut kehendak tabiat manusia, fikiran mereka dikuasai oleh tabiat manusia. Orang yang hidup menurut kehendak Roh Allah, fikiran mereka dikuasai oleh Roh Allah. Jika fikiran kamu dikuasai oleh tabiat manusia, hal itu mengakibatkan kematian. Tetapi jika fikiran kamu dikuasai oleh Roh Allah, Allah akan mengurniai kamu hidup dan kedamaian. Roma 8:5-6 BM
Semasa kita dikuasai fikiran kita tentang berita, kontroversi media sosial, dan semua perkara yang menakutkan kita, sudah tentu kita akan berasa cemas dan terharu. Walaupun memanglah bijak untuk berpengetahuan, kita harus memastikan bahawa kita memenuhi fikiran kita dengan perkara yang memarakkan jiwa kita.
Sebenarnya, satu cara untuk menemui kedamaian Allah ialah mengingati janji-janji Allah dan lebih menumpukan perhatian pada janji tersebut daripada masalah anda.
Tertanya-tanya bagaimana untuk bermula? Baca Mazmur 23 berulang kali, mengingatkan diri bahawa Allah menyertai anda semasa anda menghadapi dugaan, menempuh lembah, atau memerlukan penghiburan. Senaraikan perkara yang betul tentang Allah. Contohnya: Dia dekat kepada orang yang tawar hati. Dia memberikan kedamaian yang melebihi pengertian manusia. Dia perlindungan pada masa kesusahan. Dia ialah Penasihat Bijaksana kita, Allah Perkasa kita, Raja Damai kita!
Pada hari ini, jika anda berasa bimbang atau terharu, ketahui ini: Allah mengambil berat terhadap anda. Dia melihat anda. Dia mengasihi anda. Dia menyertai anda. Dia berpihak kepada anda. Anda boleh mengejar kedamaian dengan menyatakan janji Allah terhadap masalah anda dan menyerahkan fikiran anda kepada Roh Kudus.
Perihal Pelan
Apakah mungkin untuk mengalami kedamaian semasa kehidupan itu menyakitkan? Jawapan ringkas: ya, tetapi bukan melalui kuasa diri sendiri. Pada tahun yang meninggalkan kita kewalahan, banyak antara kita berasa bingung. Dalam Pelan Alkitab 7 hari ini, berserta dengan siri mesej Pastor Craig Groeschel, kita akan membongkar cara menemui Kedamaian yang Hilang, yang sangat didahagai oleh kita.
More