Kedamaian yang HilangSampel

Missing Peace

HARI 1 DARIPADA 7

Kedamaian yang Hilang 

Tahun 2020 mungkin tercatat dalam sejarah sebagai salah satu tahun yang paling tidak digemari ramai dalam hayat kita. Daripada pandemik global kepada kesedaran yang semakin tinggi tentang ketidakadilan ras kepada ketegangan serta perpecahan politik, ini memanglah musim yang mencabar. Banyak antara kami berasa seolah-olah kedamaian telah hilang, ataupun ia telah dicuri. 

Namun, bagaimana kalau bukan keadaan kita yang mencuri kedamaian kita—bagaimana kalau keadaan kita mendedahkan kekurangan kedamaian kita? 

Semasa keadaan menjadi mencabar, kita cenderung menganggap masa lalu sebagai ideal, berfikir bahawa jika pengalaman kita adalah berbeza pada waktu itu, kita akan menjadi gembira dan menemui kedamaian. 

Walau bagaimanapun, setiap tahun, nampaknya kita masih menginginkan kedamaian. Maka, sementara kita harus mengakui betapa mencabarnya musim ini, kita tidak harus menyalahkan setiap pergelutan yang dihadapi. Kita juga tidak boleh tidak mengambil kira apa yang sedang dilakukan oleh Allah, meskipun di tengah-tengah kekucar-kaciran. 

Jadi, apakah itu kedamaian? Bagaimanakah kita menemuinya semasa kita berbelah bagi, risau, dan tidak pasti tentang masa depan? 

Berita baiknya ialah kedamaian tidak ditemui dalam ketidakhadiran masalah. Ia ditemui dalam hadirat Yesus. 

Efesus 2:14 mengingatkan kita bahawa Yesus datang sebagai kedamaian kita. Bukan sahaja untuk memberikan kedamaian kepada kita tetapi betul-betul menjadi kedamaian kita. Sebenarnya, perkataan Yunani untuk kedamaian ialah eirene, yang juga memaksudkan kesempurnaan. Yesus tidak datang supaya kita boleh rasa senang pada sesetengah hari sahaja. Dia datang untuk memulihkan kita—dan hubungan kita dengan Allah—sehingga mencapai kesempurnaan. 

Kedamaian kita terikat kepada hadirat Allah kita yang tidak berubah. Dia sama, baik dahulu, sekarang, dan selama-lamanya. Dia setia. Dia baik. Dia layak menerima kepercayaan kita. 

Kita tidak akan menemui kedamaian dalam keadaan kita yang berubah-ubah atau dengan mencarinya sendiri. Yesus ialah kedamaian kita yang hilang, dan ketika kita berhenti menumpukan perhatian pada masalah kita, sebaliknya menetapkan pandangan kita pada Dia, kita akan mula mengalami kedamaian yang memelihara hati kita dan melebihi pengertian kita. Lihatlah peringatan ini daripada Alkitab: 

Engkau akan menjaga orang yang tekadnya teguh dengan damai yang sempurna kerana dia percaya kepada-Mu. Percayalah kepada Tuhan untuk selama-lamanya, kerana Tuhan Allah sajalah, batu pejal yang kekal. Yesaya 26:3-4 AVB 

Kedamaian yang sempurna kedengaran agak menakjubkan, bukan? Tapi ia datang apabila kita menumpukan perhatian kita pada Yesus dan memberikan-Nya kepercayaan kita yang sepenuhnya.

Jadi, kedamaian mungkin rasa hilang atau jauh. Tapi kebenarannya ialah kedamaian ialah satu Peribadi, dan apabila kita mempercayai Dia dan menetapkan fikiran kita pada-Nya, kita akan menemui kedamaian. Itu tidak bermaksud kita akan sentiasa berasa gembira atau kita tidak akan berasa bimbang atau takut. Ia bermaksud kita mengetahui cara menemui kedamaian semasa bergelut, kerana kedamaian ialah keluaran sampingan hadirat Allah. 

Hari 2

Perihal Pelan

Missing Peace

Apakah mungkin untuk mengalami kedamaian semasa kehidupan itu menyakitkan? Jawapan ringkas: ya, tetapi bukan melalui kuasa diri sendiri. Pada tahun yang meninggalkan kita kewalahan, banyak antara kita berasa bingung. Dalam Pelan Alkitab 7 hari ini, berserta dengan siri mesej Pastor Craig Groeschel, kita akan membongkar cara menemui Kedamaian yang Hilang, yang sangat didahagai oleh kita.

More

Kami berterima kasih kepada Life.Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.life.church/