Bersatu dengan Yesus - Renungan Adven 4 HariSampel

Abide in Jesus - 4-Day Advent Devotional

HARI 4 DARIPADA 4

Walaupun musim Natal ialah waktu yang paling indah pada waktu ini setiap tahun, seperti yang dinyatakan dalam lagu natal, doa masih diperlukan - sama ada untuk bersyukur kepada Tuhan atas segala berkat-Nya atau untuk meminta pertolongan-Nya dalam menghadapi tekanan atau kesukaran yang timbul semasa musim perayaan ini. Doa membangunkan jiwa kita kepada hadirat, kesetiaan, dan perlindungan Tuhan.

Namun, pernahkah anda tidak tahu apa yang harus didoakan? Mungkin doa anda menjadi hambar atau berulang-ulang, dan anda rasa seolah-olah anda berdoa dengan salah? Keyakinan anda dalam doa akan diperkuat apabila anda berdoa dengan Firman Tuhan.

Alkitab dipenuhi doa! Daripada kitab Kejadian hingga Wahyu, kita menemui doa yang boleh kita gunakan untuk menghidupkan kehidupan rohani kita. Permohonan ini meluahkan setiap jenis emosi dan pengalaman - lihatlah kitab Mazmur!

Kita dapat mengenal pasti petikan yang berkaitan dengan kehidupan kita, dunia kita, dan orang yang kita kenal semasa kita membaca cerita, sejarah, puisi, dan perumpamaan dalam Alkitab dalam hadirat Tuhan dan menumpukan perhatian pada Roh Kudus. Lama-kelamaan, kita akan membiasakan diri untuk mengubah fikiran tersebut kepada doa dengan segera. 

Bacalah Lukas 2:8-18. Bagaimana anda mendengar dan mengalami berita baik mengenai Yesus? Dalam cerita ini, malaikat melawat sekumpulan gembala yang bekerja keras dan mengumumkan bahawa sesuatu yang penting sedang berlaku di Betlehem (ay. 11). Oleh itu, para gembala itu pun pergi ke Kota Daud, di mana mereka menemui Yesus, Maria, dan Yusuf. Sesudah mereka melihat Anak itu, mereka mengkhabarkan kepada semua orang yang mereka kenal tentang kelahiran Yesus dan kata-kata malaikat tentang Dia (ay. 17-18). 

Bagaimanakah anda boleh bertindak seperti para gembala yang menceritakan kepada semua orang tentang Yesus, terutamanya pada musim ini? Berdoalah agar Tuhan bekerja dalam hati kenalan anda. Jadilah pendengar dan sahabat yang baik bukannya menilai orang lain. Tunjukkan pesanan Injil melalui pelayanan dan bukan hanya dengan kata-kata sahaja pada Natal ini. Berdoalah agar kualiti hidup dan hubungan anda dapat menarik orang untuk mendekati Yesus. 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai amalan rohani mendoakan ayat Kitab Suci serta amalan lain yang disebut dalam pelan bacaan ini, lihatlah Abide Bible Journals oleh Thomas Nelson .

Hari 3

Perihal Pelan

Abide in Jesus - 4-Day Advent Devotional

Natal akan tiba! Dengan kedatangannya ialah Adven – kita membuat persiapan untuk menyambut kelahiran Yesus. Namun, adakah kenyataan itu hilang dalam jadual percutian yang sibuk, membeli hadiah yang sempurna, ataupun mengadakan perjumpaan keluarga? Dalam kesibukan musim Natal, alamilah cara yang baru untuk berinteraksi dengan Firman Tuhan yang dapat mendekatkan anda kepada-Nya. Bangunkan jiwa anda dengan pelan bacaan 4 hari ini daripada Abide Bible Journals oleh Thomas Nelson.

More

Kami bersyukur kepada HarperCollins/Zondervan/Thomas Nelson kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.thomasnelsonbibles.com/abide-bible-journals/