Bersatu dengan Yesus - Renungan Adven 4 HariSampel

Abide in Jesus - 4-Day Advent Devotional

HARI 3 DARIPADA 4

Musim ini boleh membuat kita merindui masa lalu. Sebagai contoh, dapatkah anda mengingat kembali hadiah Natal kegemaran yang pernah anda terima? 

Jika ya, berhenti sejenak untuk benar-benar menenang kembali pengalaman tersebut. Apakah bunyi ataupun bau yang anda ingat pada masa itu? Adakah anda ingat rasa kertas pembungkus di tangan anda ketika membuka bungkusan tersebut? Apakah warna kertas itu? Siapakah yang ada bersama dengan anda? Mengingat kembali pengalaman itu menggunakan imaginasi anda adalah berkuasa, dan mungkin mencetuskan perasaan yang pernah anda alami. 

Bagaimana jika anda membaca Kitab Suci dengan cara yang sama? Memang anda tidak hadir secara fizikal semasa peristiwa dalam Alkitab itu; tetapi bagaimana jika anda menggunakan imaginasi anda dan menyelitkan diri anda ke dalam suatu petikan Kitab Suci?

Mendekati Alkitab melalui deria penglihatan, pendengaran, hidu, rasa, dan sentuhan sangat membantu bagi mereka yang cenderung berhubung dengan Alkitab secara kognitif semata-mata, terutamanya semasa musim Adven. Daripada memandang fakta dari jauh, kita mendekatinya. Menggunakan lima deria kita memberikan kita peluang untuk menggunakan imaginasi kita yang diberikan oleh Tuhan dengan meletakkan diri kita dalam cerita dalam Alkitab. Semasa kita rasa empati terhadap orang dalam Alkitab, kita dapat lebih memahami peristiwa mereka berasaskan pengalaman. Kita tidak lagi membaca buku sahaja; kita mengalami peristiwa itu dan dengan berbuat demikian, kita dapat membangunkan jiwa kita.

Buka Alkitab anda kepada Matius 1:18-21. Sebelum membaca, tenangkan diri anda dan mohon agar Tuhan menyediakan hati anda dan memimpin imaginasi anda. Kemudian baca petikan tersebut.

Bayangkan Yusuf tidur lena. Dunia sunyi dan udaranya sejuk. Bayangkan rasa terkejut Yusuf apabila malaikat Tuhan muncul tiba-tiba di hadapannya. Adakah dia berteriak dengan rasa terkejut? Adakah dia merendahkan dirinya dan mengubah sikapnya? Apakah yang terlintas di fikirannya apabila dia mendengar bahawa Penyelamat yang telah lama dinantikan oleh bangsanya akhirnya akan tiba? Yusuf tanpa ragu-ragu mempercayai Tuhan untuk memenuhi janji-Nya. Adakah anda juga berbuat demikian?

Mintalah Tuhan untuk memenuhi anda dengan kepercayaan dan pemahaman yang sama seperti Yusuf ketika dia dilawati oleh malaikat Tuhan. Mintalah Tuhan untuk menyatakan liingkungan hidup anda yang Dia boleh gunakan anda untuk melakukan pekerjaan yang baik bagi kerajaan-Nya.

Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Abide in Jesus - 4-Day Advent Devotional

Natal akan tiba! Dengan kedatangannya ialah Adven – kita membuat persiapan untuk menyambut kelahiran Yesus. Namun, adakah kenyataan itu hilang dalam jadual percutian yang sibuk, membeli hadiah yang sempurna, ataupun mengadakan perjumpaan keluarga? Dalam kesibukan musim Natal, alamilah cara yang baru untuk berinteraksi dengan Firman Tuhan yang dapat mendekatkan anda kepada-Nya. Bangunkan jiwa anda dengan pelan bacaan 4 hari ini daripada Abide Bible Journals oleh Thomas Nelson.

More

Kami bersyukur kepada HarperCollins/Zondervan/Thomas Nelson kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.thomasnelsonbibles.com/abide-bible-journals/