Bersatu dengan Yesus - Renungan Adven 4 HariSampel
Natal sudah tiba! Walaupun ini merupakan masa yang gembira kerana orang Kristian meraikan kelahiran Yesus, musim ini boleh ditenggelamkan oleh tekanan, kegelisahan, dan jadual yang sibuk yang mengosongkan tangki rohani kita. Bagaimana kita boleh membangunkan jiwa kita dan berbangkit dari segi rohani semasa Adven?
Salah satu cara kita boleh "tetap berjaga-jaga," seperti yang dikatakan oleh Yesus dalam perumpamaan-Nya dalam Markus 13, ialah mengamalkan penulisan jurnal rohani.
Penulisan jurnal dapat membantu kita merenungi apa yang kita baca - bukan sekadar untuk memahami apa yang kita baca malah untuk berinteraksi dengan teks tersebut. Pada asasnya, menulis jurnal secara alkitabiah ialah perbualan terbuka yang jujur dengan Tuhan. Kita boleh bergumul dengan keraguan dan ketakutan kita, mencari nasihat Tuhan, dan mendedahkan sikap serta tindakan yang perlu diubah. Tiada cara yang betul atau salah untuk menulis jurnal kerana amalan ini adalah sesuatu yang peribadi bagi anda.
Cuba ini: buka Alkitab anda kepada Markus 13:32-37, tetapi jangan mula membaca. Pertama, mulakan dengan doa, meminta Tuhan untuk berbicara kepada anda dan menyatakan diri-Nya melalui Firman-Nya. Berdoalah untuk hati yang terbuka dan kepekaan terhadap apa yang mungkin Dia katakan kepada anda. Sekarang baca petikan daripada Markus. Akhirnya, dengan jurnal di sebelah anda, renungkan dan tuliskan jawapan anda bagi soalan yang berikut berhubungan dengan teks itu:
- Mengapa Yesus memerintahkan murid-murid-Nya untuk "Berjaga-jagalah! Berwaspadalah!" (ay. 33)? Bagaimana anda mematuhi perintah ini?
- Betapa tidak sabar-sabar anda menantikan kedatangan Yesus? Berapa kerap anda sengaja memikirkannya pada waktu yang sibuk ini? Apakah yang boleh anda lakukan untuk lebih berwaspada pada Natal ini?
Kitab
Perihal Pelan
Natal akan tiba! Dengan kedatangannya ialah Adven – kita membuat persiapan untuk menyambut kelahiran Yesus. Namun, adakah kenyataan itu hilang dalam jadual percutian yang sibuk, membeli hadiah yang sempurna, ataupun mengadakan perjumpaan keluarga? Dalam kesibukan musim Natal, alamilah cara yang baru untuk berinteraksi dengan Firman Tuhan yang dapat mendekatkan anda kepada-Nya. Bangunkan jiwa anda dengan pelan bacaan 4 hari ini daripada Abide Bible Journals oleh Thomas Nelson.
More