Kursus Pra-PerkahwinanSampel

The Pre-Marriage Course

HARI 5 DARIPADA 5

Pengembaraan

Perkahwinan memberikan kita salah satu daripada peluang terbesar kehidupan dan salah satu daripada cabaran terbesar kehidupan:

  • peluang untuk membina hubungan yang paling intim, yang mana manfaatnya menjangkaui diri kita
  • cabaran untuk terus belajar maksud mengasihi orang lain, untuk melihat melewati keperluan sendiri dan untuk mendapat tahu tentang perkara yang penting bagi pasangan kita, dan kemudiannya menyesuaikan kelakuan kita

Bersetuju tentang keutamaan anda

Kita mungkin mempunyai personaliti yang sangat berbeza, tetapi memiliki nilai teras yang sama dan keutamaan yang dipersetujui membolehkan pasangan suami isteri untuk membina perkahwinan yang kuat. 

  • saling berkongsi impian, aspirasi, harapan dan keinginan
  • jadikan hubungan anda dengan Allah itu keutamaan yang terutama, diikuti dengan perkahwinan anda, kemudiannya anak anda (jika ada), dan sesudah itu segala sesuatu dan orang yang lain

Empat lingkungan yang akan dipengaruhi oleh keutamaan anda:

1. Persahabatan

  • jangan mengasingkan diri sebagai pasangan; setiap perkahwinan memerlukan rangkaian sokongan
  • lindungi perkahwinan anda daripada sebarang hubungan yang mungkin mengancamnya
  • tetapkan batasan untuk melindungi diri daripada risiko kecurangan

2. Anak dan kehidupan keluarga

  • bincang tentang jangkaan anda berkenaan melahirkan anak
  • sentiasa meluangkan masa untuk satu sama lain jika dan apabila anda dibanjiri permintaan anak kecil

3. Pekerjaan

  • jangan bersaing antara satu sama lain
  • bercakap tentang bagaimana anda akan menyeimbangi antara pekerjaan dan mengasuh anak

4. Kerohanian

  • memeriksa nilai teras anda dengan teliti akan merapatkan anda berdua (menimbang untuk mengikuti Alpha demi meneliti iman Kristian dan untuk memberikan anda bahasa demi bercakap bersama dengan lebih mudah tentang isu-isu rohani)
  • bercakap tentang kepercayaan dan nilai yang ingin diturunkan kepada anak anda, jika dan apabila anda ada anak 

Apabila kita memandang Allah untuk menerima dan mengalami kasih, pengampunan dan tujuan-Nya untuk kehidupan kita, kita lebih berupaya mengasihi satu sama lain.

Pengembara dan pengasuh

Walaupun kita akan memiliki campuran sifat tersebut, kenal pasti sama ada anda lebih bersifat 'pengembara' atau 'pengasuh'. 

Pengembara

  • ingin menggunakan semua kemungkinan yang ditawarkan oleh kehidupan sepenuhnya. Mereka memandang perkahwinan sebagai usaha sama. Pengembara membawa tenaga dan pengalaman baru ke dalam hubungan itu.

Pengasuh 

  • memandang perkahwinan mereka sebagai tempat yang selamat untuk ditujui semula selepas pengembaraan atau cabaran kehidupan. Pengasuh membawa kekonsistenan dan rutin ke dalam hubungan itu.

Pengembara dan pengasuh memberikan sumbangan yang sama penting terhadap hubungan itu

  • terlalu sedikit pengembaraan dan hubungan anda tidak akan berkembang
  • terlalu banyak pengembaraan pula mungkin akan terlalu menegangkan anda

Sebagai pasangan suami isteri, tanggungjawab anda adalah menghargai tenaga pengembara dan keselamatan pemulihan. 

Setiap perkahwinan harus memberikan ruang yang mencukupi bagi pengembaraan dan pengasuhan. Apabila dua daya ini berjalan dengan baik dalam perkahwinan anda, perkahwinan itu menjadi salah satu pengembaraan kehidupan yang terbaik. 

Hari 4

Perihal Pelan

The Pre-Marriage Course

Perkahwinan yang kuat tidak terbentuk secara automatik. Harapan kami adalah anda akan menyedari sikap, nilai dan tabiat yang diperlukan untuk membina perkahwinan yang sihat dan kuat, yang akan kekal sepanjang hayat. Pelan 5 hari ini diadaptasi daripada Kursus Pra-Perkahwinan yang dihasilkan oleh Nicky dan Sila Lee, penulis The Marriage Book.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Alpha kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://themarriagecourse.org/try/the-pre-marriage-course

Pelan yang Berkaitan