Kursus Pra-PerkahwinanSampel

The Pre-Marriage Course

HARI 2 DARIPADA 5

Konflik

Menjangka konflik

Konflik tidak dapat dielakkan dalam setiap hubungan.

Isunya bukanlah sama ada kita tidak bersetuju; isunya adalah bagaimana kita mengatasi perselisihan faham tersebut. Perkara yang sangat penting bagi setiap pasangan adalah memiliki alat dan kemahiran untuk menyelesaikan konflik secara membina.

Menguruskan kemarahan

Kemarahan itu tidak salah; bagaimana kita menunjukkan kemarahan kitalah yang boleh memudaratkan hubungan.

Dua haiwan membantu menggambarkan dua cara menguruskan kemarahan dengan tidak sesuai dan tidak membantu:

  • Badak: memberitahu anda bahawa mereka berasa marah dengan serta-merta -- mereka menyerang
  • Landak: cenderung menyembunyikan kemarahan mereka -- mereka berkemungkinan menjadi lebih senyap dan mungkin menyisihkan diri

Badak dan landak perlu belajar menyatakan apa yang buat mereka marah secara lisan dan tenang.

Mencari penyelesaian bersama-sama

Apabila anda berselisih faham:

  • ketahuilah bahawa dalam perkahwinan anda berdua memihak kepada satu sama lain
  • cari penyelesaian yang baik untuk hubungan anda bersama-sama
  • bersedia untuk menekan 'butang jeda' bila perlu (tanya diri: 'Adakah sekarang ini masa yang sesuai?' dan 'Adakah sini tempat yang betul untuk menyatakan pendapat yang bertentangan?')

Lima langkah mencari penyelesaian

  1. Mengenal pasti dan menumpukan perhatian pada isu yang menyebabkan konflik itu.
    Kenal pasti isu yang menyebabkan konflik antara anda berdua. Letakkan isu itu di hadapan dan bekerjasama untuk menyelesaikannya.
  2. Gunakan kenyataan 'Saya'
    Elakkan daripada memberikan label (contohnya: 'Kamu selalu…' / 'Kamu tidak pernah…'). Gambarkan perasaan anda (contohnya: 'Saya sedih kerana…').
  3. Saling mendengar
    Cuba memahami dan menghargai perspektif satu sama lain. Bercakap secara bergilir.
  4. Fikirkan penyelesaian yang mungkin
    Berbincang tentang kemungkinan yang berlainan. Menyenaraikan penyelesaian mungkin berguna.
  5. Pilih penyelesaian yang terbaik untuk sekarang dan menilainya kemudian
    Jika penyelesaian yang dicuba itu tidak berhasil, cuba penyelesaian yang lain daripada senarai anda. Jika anda tidak dapat mencari penyelesaian bersama-sama, mintalah bantuan.

Proses untuk penyembuhan luka hati

Kelukaan hati tidak dapat dielakkan dalam setiap perkahwinan, dan luka ini mesti disembuhkan supaya hubungan itu boleh berkembang.

Terdapat proses penyembuhan yang mudah tetapi berkuasa:

  1. Bercakap tentang luka hati itu
    Beritahu pasangan anda apabila ia telah menyakitkan anda. Jangan memendamkan luka atau membenarkan rasa kasihan pada diri sendiri dan kebencian untuk bertambah dalam anda. 
  2. Meminta maaf
    Keangkuhan kita boleh menjadikannya sukar untuk meminta maaf. Meminta maaf bermaksud mengaku bertanggungjawab terhadap kata-kata atau tindakan yang salah. Mengucapkan maaf membuka pintu untuk perdamaian.
  3. Memaafkan
    Pemaafan adalah daya terbesar untuk penyembuhan dalam perkahwinan. 

Pemaafan BUKANLAH:

  • melupakan luka yang telah berlaku
  • berpura-pura bahawa luka itu tidak penting
  • gagal menangani kelakuan pasangan yang salah dan menyakitkan

Pemaafan ADALAH:

  • menangani kesalahan terhadap kita
  • mengenal pasti emosi dalam diri
  • memilih untuk tidak berpegang pada kesalahan pasangan
  • melepaskan rasa kasihan pada diri sendiri dan keinginan untuk membalas dendam

Pertama sekali, pemaafan adalah satu pilihan, bukan perasaan.

  • pemaafan adalah satu proses -- kita sering perlu memilih untuk memaafkan (ada kalanya setiap hari). Apabila kita berbuat demikian, secara beransur-ansur kenangan luka hati itu akan kurang berkuasa terhadap kita.
Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

The Pre-Marriage Course

Perkahwinan yang kuat tidak terbentuk secara automatik. Harapan kami adalah anda akan menyedari sikap, nilai dan tabiat yang diperlukan untuk membina perkahwinan yang sihat dan kuat, yang akan kekal sepanjang hayat. Pelan 5 hari ini diadaptasi daripada Kursus Pra-Perkahwinan yang dihasilkan oleh Nicky dan Sila Lee, penulis The Marriage Book.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Alpha kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://themarriagecourse.org/try/the-pre-marriage-course

Pelan yang Berkaitan