Bagaimana Bersyukur Kerana Hidup AndaSampel
![How to Be Grateful for Your Life](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F22405%2F1280x720.jpg&w=3840&q=75)
Kewangan
Tahukah anda bahawa Alkitab berbicara tentang wang, milikan, dan pengumpulan harta kekayaan dalam lebih daripada 2,000 ayat? Sebenarnya, 11 daripada 39 perumpamaan yang diajar oleh Yesus meliputi perkara ini. Berani saya katakan bahawa Allah sedar akan godaan dan kecenderungan menguruskan wang dengan tidak baik.
Sedihnya, kita menyukai dan memuja wang lebih daripada yang seharusnya. Kita sering kali berharap bahawa kita memiliki wang yang lebih banyak lagi. Kita juga berfikir bahawa harta atau wang yang banyak akan membawa rasa kesyukuran yang kekal, tetapi realitinya, perasaan ini cumalah penyelesaian sementara yang perlu dipenuhi sekali lagi tidak lama kemudian.
Yakobus 1:17 (BM) memberitahu kita bahawa Allah kita ialah pemberi “setiap pemberian yang baik dan sempurna,” dan jika kita menerapkan ini, pemikiran kita tentang kewangan kita akan berubah. Marilah kita pertimbangkan petua yang berikut berkenaan mengembangkan kesyukuran kita dalam lingkungan ini:
- Tempat tinggal anda. Sama ada rumah kita adalah besar atau kecil, kebanyakan daripada kita memiliki tempat kediaman. Bersyukurlah kepada Allah kerana anugerah tempat tinggal tidak kira saiz atau rekaannya.
- Milikan anda. Banyak antara kita mempunyai pakaian yang tidak dipakai, dan keupayaan menstrim muzik atau membaca buku pada peranti yang membenarkan kita untuk mengakses pelbagai maklumat yang mungkin. Namun, kita masih menginginkan apa yang tidak dimiliki. Luangkan sedikit masa untuk menetapkan semula fikiran anda dan bersyukur kepada Allah kerana peruntukan milikan anda.
- Di hujung jari anda. Jika anda menikmati perkhidmatan bekalan air bersih melalui paip atau dapat membeli makanan di kedai runcit, maka anda adalah lebih diberkati daripada kebanyakan orang di dunia ini. Bersyukurlah kepada Allah kerana anugerah kesenangan ini.
Walau berapa pun pendapatan kita, memanglah bijak untuk melihat pendapatan kita sebagai anugerah. Besar kemungkinan ada banyak orang di dunia ini yang berfikir bahawa kehidupan kita ini adalah menakjubkan. Memastikan kehidupan kita bebas daripada cinta akan wang akan membantu kita untuk menjadi lebih berpuas hati. Kita melakukan ini dengan menggunakan wang, bukan mencintainya.
Punca keinginan kita untuk mendapat lebih banyak wang atau milikan ialah salah faham tentang apa yang betul-betul kita perlukan. Filipi 4:19 BM mengatakan, “Allahku dengan kekayaan-Nya yang berlimpah-limpah, akan memenuhi segala keperluan kamu melalui Kristus Yesus.” Allah terlalu mengambil berat tentang kita untuk memberikan kita segala sesuatu yang kita inginkan, tetapi Dia amat mengasihi kita dan akan memenuhi keperluan kita.
Perihal Pelan
![How to Be Grateful for Your Life](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F22405%2F1280x720.jpg&w=3840&q=75)
Sepanjang Alkitab, kita diminta untuk "bersyukur" dan "mengucap syukur." Mengapa? Kerana kita mempunyai banyak hal untuk disyukuri! Kita tidak berasa bersyukur secara kebetulan, tetapi dengan tabiat bersyukur yang disengajakan, kita akan menjadi versi diri kita yang lebih baik sementara kita mengikut Yesus.
More