Bagaimana Bersyukur Kerana Hidup AndaSampel
Kesihatan
Dalam Mazmur 139, kita melihat cetakan biru yang indah tentang betapa Allah mengenali setiap seorang daripada kita. Dia “menciptakan segala bahagian badan kita,” “membentuk kita di dalam rahim ibu kita,” dan “melihat kita semasa kita dalam kandungan ibu kita.” Dia “menciptakan kita dengan baik dan luar biasa.” Allah kita sungguh menakjubkan!
Dalam dunia berdosa di mana kita tinggal ini, pasti ada kesukaran yang melanda kita. Ada kalanya cabaran kesihatan menimpa kita, manakala pada masa yang lain, kita mengakitbakan masalah sendiri.
Tidak kira apa pun keadaan kesihatan kita, ketika kita bangun pada setiap hari, kita mempunyai alasan untuk bersyukur kepada Allah kerana kesihatan rohani, emosi, mental, dan fizikal kita. Marilah kita pertimbangkan tabiat yang berikut semasa kita berjalan dengan kesyukuran kerana kesihatan kita:
- Muliakan tubuh anda. Tubuh kita ialah bait Allah; maksudnya, Roh-Nya tinggal di dalam kita. Jika kita dapat bersenam dan memakan makanan yang berkhasiat, marilah kita menunjukkan kesyukuran kita kepada Allah kerana kemampuan untuk hidup secara aktif dan memilih makanan yang betul untuk tubuh kita.
- Kuatkan minda anda. Sedihnya, penyakit mental ialah ancaman yang nyata dan sering kali memenjarakan manusia. Kebanyakan daripada kita mengenali seseorang yang bergelut dengan masalah seperti ini dan ini mungkin sukar untuk ditangani. Jika kita tidak bergelut dengan hal ini, marilah kita bersyukur kepada Allah kerana kebolehan membantu orang lain mengharungi musim mereka yang sukar ini.
- Bertumbuh secara rohani. Membaca Alkitab, menghadiri kebaktian gereja, dan berkumpul bersama dengan para pengikut Yesus dilarang di sesetengah bahagian yang tertentu di dunia ini, namun banyak orang mempertaruhkan nyawa mereka untuk tetap berbuat demikian. Jika anda mempunyai kebebasan untuk mengenali Yesus dan berkongsi-Nya dengan orang di sekeliling anda, bersyukurlah kerana anugerah yang indah ini!
Dalam hidup ini, kita akan mengalami pelbagai isu kesihatan. Ada musim yang lebih sukar daripada musim yang lain. Walau apa pun yang anda sedang hadapi dari segi kesihatan rohani, mental, emosi, dan fizikal, mulakan setiap hari dengan Mazmur 118:24 BM, yang berkata, “Inilah hari kemenangan TUHAN; marilah kita rayakannya dengan gembira.”
Perihal Pelan
Sepanjang Alkitab, kita diminta untuk "bersyukur" dan "mengucap syukur." Mengapa? Kerana kita mempunyai banyak hal untuk disyukuri! Kita tidak berasa bersyukur secara kebetulan, tetapi dengan tabiat bersyukur yang disengajakan, kita akan menjadi versi diri kita yang lebih baik sementara kita mengikut Yesus.
More