Bagaimana Rupa Allah? Pelan Bacaan 21 HariSampel
Allah Itu Kedamaian
Dalam Hakim-hakim 6:11-24, Gideon sembunyi-sembunyi, menundukkan kepala, bekerja keras. Banyak antara kita boleh mengatakan hal yang sama tentang kehidupan seharian kita. Berapa kerapkah kita bekerja keras, jarang mengangkat mata daripada tugas kita untuk menemui Tuhan?
Allah memanggil Gideon untuk mengangkat mata daripada tugasnya untuk melihat Dia. Apabila Allah memberikan Gideon perincian rancangan-Nya, memanglah jelas bahawa penilaian kendiri Gideon tidak mencapai pandangan Allah akannya. Gideon tidak bersedia lalu mempersoalkan Allah (Hakim-hakim 6:15). Dalam satu rayuan mudah yang bermula dengan "Tetapi Tuhan," Gideon pada asasnya memberitahu Allah, "Engkau tersilap! Bukan saya! Saya lemah, tidak dilengkapi, tidak mampu! Engkau tidak memaksudkan saya, Tuhan!" Gideon menggeletar kerana ketakutan tentang hal yang tidak diketahui, kebimbangannya menjelaskan kata-katanya.
Apabila kita berasa ragu-ragu dan mengatasi ketakutan, kita boleh mengetahui bahawa kita dapat memiliki kedamaian.
Cerita itu tidak berakhir di sana sahaja. Meskipun ketika kita berasa ragu-ragu dan takut, kita boleh mengetahui bahawa kita dapat memiliki kedamaian. Dalam kebaikan Allah yang tidak terbatas, Dia memenuhi Gideon dengan kepenuhan kedamaian-Nya. Dia akan melakukan hal yang sama bagi kita juga. Gideon rasa sangat terharu selepas pertemuannya dengan Allah sehinggakan ia berhenti dan bersembah di situ juga, membina mazbah untuk Tuhan. Ia memanggil mazbah itu Jehovah-Shalom atau "TUHAN Sumber Kesejahteraan" (Hakim-hakim 6:24). Ia diubah pada waktu itu daripada dipenuhi keraguan kepada dipenuhi kedamaian.
Menghabiskan masa dengan Tuhan dalam doa, dalam penyembahan, dan membaca firman-Nya membolehkan kita untuk mengalami kedamaian yang hanya datang daripada Pencipta kita. Dia tahu apa yang kita hadapi dan apa yang kita takut, dan Dia taat melengkapkan kita untuk bergerak maju dalam keyakinan. Dalam kedamaian.
Renungan:
- Apakah satu cara di mana anda dapat menjadikan meluangkan masa tetap dengan Tuhan itu satu keutamaan dalam rutin seharian anda?
- Bilakah satu waktu di mana anda mengalami kedamaian Allah dalam kehidupan anda?
- Dalam lingkungan manakah anda perlu meminta Allah untuk kedamaian?
Perihal Pelan
Bagaimana rupa Allah? Itu merupakan soalan yang besar tetapi penting. Pemahaman kita tentang Allah akan menentukan cara kita berhubungan dengan-Nya. Semakin banyak kita mengetahui tentang Allah, semakin baiknya hubungan kita dengan-Nya. Allah menyatakan diri-Nya sepanjang Alkitab. Setiap nama bagi Allah memberitahu kita sesuatu tentang-Nya. Renungkan sifat Allah untuk 21 hari seterusnya dan lihatlah kasih anda terhadap-Nya bertumbuh.
More