Bagaimana Rupa Allah? Pelan Bacaan 21 HariSampel

What Is God Like? A 21-Day Reading Plan

HARI 6 DARIPADA 21

Allah Itu Panji Kita

Ada kalanya janji Allah kepada kita melibatkan pertempuran. Kita perlu bertempur untuk mengekalkan tumpuan kita pada Dia, bertempur untuk bergerak ke arah janji yang telah ditempatkan oleh Allah dalam hati kita. Kita mempunyai musuh yang benar yang ingin membuat kita melencong dan meragui janji Allah. Jadi, kita bertempur mengatakan bahawa kita akan mempercayai bahawa Allah akan melakukan apa yang Dia kata akan dilakukan-Nya, dan kita terus bertempur sehingga kita melihat janji itu digenapi.

Dalam Keluaran 17:8-15, bangsa Israel yang telah dibebaskan daripada penindasan hebat di Mesir bergerak ke tanah yang dijanjikan oleh Allah kepada mereka. Namun, Israel bertempur, lagi. 
 

Semasa orang Israel bertempur di lembah, Musa berada di atas bukit mengangkat tangannya dalam doa bagi pahlawan yang hebat tersebut. Israel berlawan keras, dan dengan doa Musa serta bantuan temannya, Harun dan Hur, orang Amalek ditewaskan. Musa sedar bahawa kejayaan mereka adalah hasil perlindungan dan berkat Tuhan terhadap orang Israel. "Musa membina sebuah mazbah dan menamakannya 'TUHAN Panjiku'" (Keluaran 17:15).

Dalam pertempuran, bangsa-bangsa akan menaikkan bendera mereka pada tiang di barisan depan masing-masing. Ini bertujuan memberikan harapan dan titik fokus kepada tentera mereka. Demikian jugalah Allah bagi kita: panji dorongan untuk memberikan kita harapan dan titik fokus.

Tuhan sentiasa melindungi kita, menyelimuti kita dengan kasih, dan memberkati kita.

Tuhan ialah panji kita. Dia sentiasa melindungi kita; Dia menyelimuti kita dengan kasih; Dia memberkati kita. Tuhan memberikan kita harapan dan tempat untuk dijadikan tumpuan sepanjang pertempuran sukar di mana musuh cuba membuat kita meragui janji Allah. 

Bilakah kali terakhir anda duduk dan bersyukur kepada Yesus kerana segala cara Dia ialah panji dalam kehidupan anda? 

Renungan:

  • Apakah satu cara di mana Tuhan telah menjadi panji anda?
  • Bagaimanakah anda boleh menumpukan lebih banyak perhatian pada Tuhan dan segala sesuatu yang dilakukan-Nya untuk anda sepanjang hari?
Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

What Is God Like? A 21-Day Reading Plan

Bagaimana rupa Allah? Itu merupakan soalan yang besar tetapi penting. Pemahaman kita tentang Allah akan menentukan cara kita berhubungan dengan-Nya. Semakin banyak kita mengetahui tentang Allah, semakin baiknya hubungan kita dengan-Nya. Allah menyatakan diri-Nya sepanjang Alkitab. Setiap nama bagi Allah memberitahu kita sesuatu tentang-Nya. Renungkan sifat Allah untuk 21 hari seterusnya dan lihatlah kasih anda terhadap-Nya bertumbuh.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada NewSpring Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://newspring.cc