Bagaimana Rupa Allah? Pelan Bacaan 21 HariSampel
Allah Itu Penyembuh Kita
Alkitab menggambarkan Allah sebagai Jehovah-Rophe (atau Jehovah-Rapha) sebanyak lebih daripada 60 kali. Jehovah bermaksud "Allah" dan Rophe atau Rapha bermaksud "memulihkan," "menyembuhkan," atau "menyihatkan."
Dalam Keluaran 15:26, Allah berjanji kepada Musa dan umat Israel, "Jika kamu sungguh-sungguh mentaati Aku, TUHAN, Allah kamu, dengan melakukan apa yang benar di sisi-Ku, serta menurut segala perintah-Ku, Aku tidak akan menghukum kamu dengan penyakit yang Aku timpakan kepada orang Mesir. Akulah TUHAN yang menyembuhkan kamu."
Penyembuh adalah bahagian yang penting dalam sifat Allah. Allah mengambil berat tentang setiap lingkungan kesihatan anda — kesihatan fizikal anda, kesejahteraan mental dan emosi anda serta kevitalan rohani anda (Mazmur 103:2-3). Apabila kita memahami bahawa Allah ialah Jehovah-Rophe, Doktor yang Agung, kita mengakui bahawa tiada penyembuhan tanpa-Nya. Hanya Dia dapat memberikan penyembuhan yang kekal daripada keremukan kita.
Sering kali, kita inginkan penyembuhan tanpa mengatasinya. Namun, Allah perlu mengatasi sumber kesakitan kita — penolakan, kelukaan hati, atau barangkali pengkhianatan — untuk menyembuhkan kita.
Penyembuh kita tidak pernah dan tidak akan berubah (Maleakhi 3:6). Yesus masih melakukan mukjizat. Allah bekerja melalui perubatan moden, sebagaimana Dia bekerja melalui taurat Israel kuno untuk melindungi mereka daripada penyakit.
Injil merupakan remedi fizikal, moral, dan rohani bagi semua orang. Disebabkan dalam Kristus, kita memiliki kehidupan kekal, pimpinan Roh Kudus, dan hubungan dengan Allah (Yesaya 53:5).
Renungan:
- Apabila anda fikir tentang kesihatan keseluruhan anda, apakah yang boleh anda mula serahkan kepada Allah hari ini untuk penyembuhan?
- Apakah yang anda rasa terhutang budi pada Allah berhubungan dengan kesihatan anda hari ini?
Kitab
Perihal Pelan
Bagaimana rupa Allah? Itu merupakan soalan yang besar tetapi penting. Pemahaman kita tentang Allah akan menentukan cara kita berhubungan dengan-Nya. Semakin banyak kita mengetahui tentang Allah, semakin baiknya hubungan kita dengan-Nya. Allah menyatakan diri-Nya sepanjang Alkitab. Setiap nama bagi Allah memberitahu kita sesuatu tentang-Nya. Renungkan sifat Allah untuk 21 hari seterusnya dan lihatlah kasih anda terhadap-Nya bertumbuh.
More