Mengenali hati TuhanSampel

Knowing God’s Heart

HARI 1 DARIPADA 4

Tuhan Baik

Baik ialah perkataan yang kita guna untuk menggambarkan hari kita, perasaan kita, atau rasa makanan tertentu. Namun, baik jugalah perkataan yang kita guna untuk menggambarkan Tuhan kita yang perkasa, agung, dan ajaib. Kedengaran pelik, bukan? Menggunakan perkataan yang sama untuk menggambarkan Tuhan yang juga digunakan untuk menggambarkan perasaan kita tentang makan tengah hari kita. 

Kita boleh melihat bukti kebaikan Tuhan di setiap tempat, setiap hari, dan dalam setiap situasi. Walaupun ketika kita tidak menyedari kebaikan-Nya, Dia tetap baik. Sementara Tuhan melakukan perkara yang baik, kebaikan-Nya adalah lebih daripada apa yang Dia lakukan. Kebaikan ialah siapa Dia itu. 

Mazmur 25:8 BM berkata, "Kerana TUHAN baik dan adil, Dia menunjukkan jalan kepada orang yang sesat." Perkataan Ibrani untuk baik dalam ayat ini ialah towb, yang bermaksud "baik, elok, menyenangkan, cemerlang, dan berharga." Tuhan ialah semua gambaran tersebut!

Apabila kita mendapat kenaikan pangkat di tempat kerja, kita berteriak, "Tuhan itu baik!" Apabila hidup kita tidak bermasalah, kita berkata, "Tuhan itu baik!" Apabila seseorang disembuhkan, kita berjerit, "Tuhan itu baik!" Walau bagaimanapun, bagaimana dengan masa yang susah? Atau, ketika cabaran melanda? Atau, ketika hidup rasa sukar?

Apabila orang yang kita sayangi meninggal dunia... 
Apabila kita diberi cuti daripada kerja...
Apabila laporan kanser adalah "malignan"...
Apabila pasangan kita mengkhianati kita...
Apabila anak kita terus memberontak...

Adakah Tuhan masih baik dalam situasi tersebut? Adakah jalan-Nya masih cemerlang? Adakah Dia masih lebih berharga kepada kita daripada apa-apa pun?

Hakikatnya, kebaikan Tuhan tidak hilang apabila keadaan kita berubah. Dia sentiasa sama. Bukan itu sahaja, Tuhan benar-benar baik sepanjang masa. Dia tidak boleh tidak baik. Itulah siapa Dia itu. Dialah definisi kebaikan.

Apabila sesuatu yang baik berlaku, Tuhan itu baik. Apabila sesuatu yang buruk berlaku, Dia baik. Walaupun sukar untuk mengatakan begitu, itu adalah benar. Walaupun jika dan terutamanya ketika...Tuhan tetap baik.

Ini seolah-olah matahari pada hari yang mendung. Kita kata kita tidak dapat melihatnya kerana matahari tersembunyi di belakang awan. Namun, matahari tetap ada. Demikianlah dengan kesakitan dan kekecewaan dalam hidup kita. Keadaan itu boleh mengaburi pandangan kita daripada melihat kebaikan Tuhan, tetapi yakinlah, kebaikan-Nya sentiasa ada kerana itulah siapa Dia itu. 

Biasanya dalam kekecewaan dan kesukaranlah kita mempersoalkan kebaikan Tuhan. Namun, berpaling daripada Tuhan di tengah-tengah kesakitan kita menghapuskan satu-satunya perkara yang benar-benar baik daripada persamaan sedih kita—Tuhan. Oleh itu, apabila kita tergoda untuk meragui dan membenarkan keadaan semasa kita untuk menentukan apa yang kita percaya, marilah kita menyelami Firman Tuhan untuk mengingatkan diri kita tentang kebenaran ini. 

Dia ialah Tuhan yang baik. 

Hari 2

Perihal Pelan

Knowing God’s Heart

Kita mudah mempercayai perkara yang tidak benar tentang Tuhan. Kadang-kadang, kita melihat perkara di media sosial atau berita yang membuat kita mempersoalkan-Nya. Jadi, apakah yang benar tentang Tuhan? Adakah Dia tahu apa yang Dia lakukan? Adakah Dia benar-benar penyayang dan baik hati, walaupun ketika keadaan kelihatannya tidak berjalan lancar? Dalam Pelan Alkitab 4 hari ini, marilah kita belajar bagaimana kita boleh mengenali hati Tuhan bersama-sama.

More

Pelan Alkitab original ini dihasilkan dan disediakan oleh YouVersion.