KehilanganSampel

Loss

HARI 5 DARIPADA 5

MENCARI KEBAIKAN

Biarlah saya berterus terang dengan anda: Saya berasa iri hati meilhat optimis semula jadi. Mereka yang nampaknya dapat melihat sinar harapan dalam setiap situasi…otak mereka seolah-olah dapat mengesan sesuatu yang positif dalam semua situasi dan tiba-tiba itu saja yang mereka nampak? Saya berharap saya serupa dengan mereka…tetapi saya bukan begitu. Berita baiknya ialah walau di mana pun anda menempatkan diri pada spektrum optimis-pesimis, kita semua boleh mempunyai harapan kerana janji Allah.

Dengarlah, saya tidak bercakap tentang memaksa diri untuk cuba senyum dan mencari sesuatu untuk melahirkan rasa gembira. Saya bercakap tentang mempercayai bahawa Allah akan menepati janji-Nya, dan akan sentiasa ada kebaikan yang terhasil daripada mana-mana situasi (Roma 8:28). Tidak selalu kebaikan tertentu yang kita harapkan, tetapi pastilah sesuatu yang memanfaatkan kita. Caranya bagi kita yang berada di tengah-tengah situasi yang susah ialah cuba melihat kebaikan itu meskipun kita tidak dapat melihat penghujung dugaan kita lagi. Banyak masa kita tidak melihat kebaikan yang Allah lakukan bagi pihak kita sehingga kita mengenang kembali kehilangan itu dengan perspektif masa menyebelahi kita.

Maka, semasa kita mengakhiri kajian tentang kehilangan selama 5 hari ini, saya ingin memberikan anda dua cabaran sementara anda bergelut dengan kesakitan dan kekecewaan. Pertama, saya mahu anda untuk terus mencari kebaikan di tengah-tengah kesakitan anda. Carilah kilasan harapan yang diberikan kepada anda oleh Allah, sebarang pembaikan atau manfaat yang tidak dijangka yang dapat dilihat sepanjang cabaran ini. Dengan jujurnya, anda mungkin dapat melihat kebaikan yang mungkin terhasil daripada suatu situasi itu, dan itu akan memberikan harapan dan perspektif yang amat diperlukan. 

Kedua, saya mahu anda untuk menghafal petikan yang akan anda baca daripada Yakobus nanti. Setidak-tidaknya, satu perkara baik yang Allah lakukan dalam kehidupan kita melalui hampir-hampir setiap dugaan yang kita hadapi ialah kita menjadi lebih kuat. Iman kita diperteguh, kita menjadi lebih tabah dan semangat kita tidak mudah lentur, dan menjadi orang yang lebih baik secara keseluruhannya kerana telah mengharungi ribut. Apabila anda rasa ingin berputus asa atau menumpukan perhatian pada semua 'mengapa' situasi anda yang tidak diketahui, ingatkan diri anda tentang Yakobus 1:2-4 dan kenyataan bahawa Allah sedang menguatkan anda setiap detik anda bergelut. Kehilangan anda bukanlah kesudahannya...ia cumalah satu bab dalam sebuah cerita yang panjang, yang sedang ditulis oleh Allah dalam hidup anda.

Hari 4

Perihal Pelan

Loss

Siapa-siapa pun tidak mahu mengalami kehilangan, bukan? Namun, ketika keadaan menjadi tidak terkawal dan peluang terlepas daripada tangan kita, apakah yang harus kita lakukan untuk mengatasi kehilangan yang timbul? Bagaimanakah kita menghadapinya ketika apa yang kita harapkan itu lenyap? Pelan ini akan membantu kita untuk merenungkan bagaimana Allah berjalan bersama dengan kita melalui penderitaan itu.

More

Kami berterima kasih kepada Church of the Valley kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://ccv.church/students