KehilanganSampel
RASA TERTIPU
Saya tidak mahu membuat anggapan tentang keadaan anda, tetapi saya tahu bahawa ada antara anda yang rasa tertipu. Anda telah merancang sesuatu, sesuatu yang anda fikir akan tercapai, sebaliknya ia lenyap. Ia bukan salah anda, anda tidak dapat melakukan apa-apa, tetapi kini impian itu sudah gagal. Saya pernah mengalaminya dan saya faham…namun, apakah yang harus kita lakukan sekarang?
Kita sudah berbincang tentang kesakitan kehilangan dan memanglah baik untuk membiarkan diri anda merasakan itu untuk seketika. Walau bagaimanapun, ada kalanya kita perlu mengalihkan perspektif kita, dan itulah tujuan bacaan hari ini. Meskipun kita tidak mahu mendengarnya, kita tidak pernah layak untuk mencapai kejayaan rancangan yang dijangkakan. Ia mungkinlah sesuatu yang baik, anda mungkin bekerja keras untuk sampai ke kedudukan sekarang ini, tetapi ia tidak pernah dijamin. Kita kerap kali memandang Allah sebagai sejenis jin kegembiraan…Dia sememangnya mahu saya gembira, bukan? Maka, jika sesuatu menimpa kita dengan tiba-tiba dan merampas sumber kegembiraan itu, apakah yang dilakukan oleh Allah?
Allah mengasihi anda (jauh lebih daripada yang dapat anda fahami) dan Dia mahu hal yang terbaik untuk anda. Namun, keutamaan Allah bukanlah kegembiraan anda. Dia mahu anda bersukacita (berbeza daripada kegembiraan), dan Dia mahu anda lebih rapat dengan-Nya, untuk lebih menyerupai Yesus, dan akhirnya memimpin orang lain untuk mengenali-Nya juga. Memperoleh semua yang kita inginkan dan jangka untuk berlaku tidak semestinya membawa kepada hasil yang lebih penting.
Baiklah, apakah yang harus kita lakukan dengan semua itu? Hari ini, saya mencabar anda untuk berhenti sejenak semasa anda membaca petikan ini dan melihat semula siapa Allah itu dan siapakah kita ini. Allah adalah baik, maha berkuasa, maha mengetahui dan sempurna serta suci sepenuhnya. Secara perbandingan, kita adalah kecil, tidak baik sepenuhnya, dan langsung tidak sempurna. Dengan itu, kita tidak patut menerima apa-apa daripada Allah. Kenyataan bahawa kita mendapat sebarang berkat dalam hidup kita ialah suatu mukjizat dan penyataan berkuasa akan kebaikan dan kasih kurnia Allah. Maka, sementara memanglah tidak apa untuk bersedih kerana sesuatu yang telah hilang, marilah kita terus menyedari bahawa terdapat banyak perkara yang harus membuat kita bersyukur kepada Allah. Kita tidak patut menerima apa-apa, tetapi Allah masih memenuhi hidup kita dengan perkara yang baik.
Perihal Pelan
Siapa-siapa pun tidak mahu mengalami kehilangan, bukan? Namun, ketika keadaan menjadi tidak terkawal dan peluang terlepas daripada tangan kita, apakah yang harus kita lakukan untuk mengatasi kehilangan yang timbul? Bagaimanakah kita menghadapinya ketika apa yang kita harapkan itu lenyap? Pelan ini akan membantu kita untuk merenungkan bagaimana Allah berjalan bersama dengan kita melalui penderitaan itu.
More