Apakah Itu Hari Paska?Sampel
Kasih Kurnia Telah Menyelamatkan Dunia!
Semalam berakhir dengan nada yang sedih. Yesus, penyembuh yang lembut, telah dibunuh dengan kejam. Orang yang sempurna itu telah mati.
Pengikut Yesus ditinggalkan bersendirian, ketakutan. Adakah Dia akan balik seperti yang dikatakan-Nya? Barangkali semua itu adalah palsu. Barangkali itu tidak akan berlaku. Barangkali mereka telah diperdaya.
Anda masih ingat akan dua video yang telah ditonton dalam Pelan Alkitab ini daripada Jason? Ulat bulu yang kecil itu? Tontonlah video terakhir Jason untuk melihat apa maksud hari Ahad Paska baginya—dan apa maksudnya bagi anda!
Hari Ahad Paska sudah tiba! Yesus tidak lagi mati! Dia hidup selama-lamanya! Dia telah membayar upah dosa sekali untuk selama-lamanya. Kita hanya perlu mempercayai dalam hati kita bahawa Allah telah membangkitkan Yesus daripada kematian, dan menerima hadiah kasih kurnia percuma-Nya bagi dosa kita. Allah telah menghasilkan rancangan ini dari awal lagi: Dia telah membuka jalan untuk kita kembali kepada-Nya!
Sungguh menakjubkan. Pengikut Yesus beralih daripada berlonggok dalam ketakutan dan patah hati kepada berasa kagum dan dipenuhi sukacita untuk melihat bahawa segala sesuatu yang dipercayai tentang Yesus adalah benar. Mereka memberikan seluruh hidup mereka untuk menyebarkan berita baik bahawa Yesus telah menewaskan kematian sekali untuk selama-lamanya bagi kita!
Mereka mengambil risiko dipenjarakan kerana menyebarkan berita ini. Sebenarnya, kebanyakan daripada mereka dibunuh kerana mereka tidak dapat berhenti memberitahu semua orang di merata tempat tentang Yesus. Pemimpin pada zaman itu cuba mengunci mulut mereka kerana kecemburuan dan ketakutan bahawa orang akan memberontak atau mengikuti Yesus dan tidak mengikut mereka. Walau bagaimanapun, cerita tentang kasih Allah dan pemulihan hubungan yang luar biasa dengan manusia terus tersebar. Cerita ini tersebar dengan lebih cepat. Cerita ini tidak akan lenyap! Cerita ini sampai kepada anda, melalui pembacaan Pelan Alkitab ini! Cerita kasih Allah kepada dunia ini tidak dapat dihentikan!
Pengikut Yesus dipenuhi rasa takut dan kesedihan pada hari Jumaat dan Sabtu selepas kematian Yesus. Walau bagaimanapun, hari Ahad Paska mengubah segala sesuatu! Hari Paska telah mengubah segala sesuatu bagi seluruh bangsa manusia untuk selama-lamanya! Dia telah bangkit!
Tanyalah diri: Sebahagian besar daripada pengikut Yesus ialah orang biasa: nelayan, petani, dan sebagainya. Pada pendapat anda, apakah yang menjadikan mereka cukup berani untuk mengkhabarkan berita baik tentang kasih kurnia Yesus kepada semua orang?
Doa: Allah, terima kasih kerana hadiah kehidupan kekal dengan-Mu melalui kasih kurnia Yesus! Ini merupakan berita yang terbaik. Tolonglah saya untuk mengingati bahawa Engkau sentiasanya sejauh satu doa sahaja. Saya tidak perlu menjadi sempurna untuk mendekati-Mu. Kasih kurnia Yesus melindungi saya. Terima kasih! Dalam nama Yesus, amin.
Kitab
Perihal Pelan
Pernah seorang lelaki meramalkan kematian-Nya. Dia juga meramalkan bahawa Dia akan mati selama tiga hari sahaja. Ramalan-Nya tepat sekali! Kematian Yesus dan kebangkitan-Nya daripada kematian merupakan kebenaran kisah hari Paska yang mengagumkan. Orang Kristian masih meraikan hari ini. Walau bagaimanapun, apakah maksud hari ini buat anda? Pelan Alkitab ini akan membantu anda memahami misteri dan keindahan hari Paska!
More