Apakah Itu Hari Paska?Sampel

What Is Easter All About?

HARI 4 DARIPADA 6

… Tetapi Kita Tidak Menerima Penyelamat yang Dijangkakan

Para nabi telah lama memberitahu umat Allah bahawa seorang penyelamat akan datang. Bukan Yesaya sahaja. Terdapat banyak nabi lain yang kata-kata mereka dicatatkan dalam Perjanjian Lama Alkitab. Mereka memberitahu kita bahawa penyelamat akan datang. Tempat kelahiran-Nya. Bagaimana Dia akan hidup, mati, dan bangkit daripada kematian! 

Mereka mendengar butir-butir yang anda baca daripada kitab Yesaya semalam, misalnya penyelamat itu akan menjadi seorang lelaki yang akan menderita kesengsaraan dan kesakitan. Walau bagaimanapun, entah kenapa, mereka lebih tertumpu pada idea mereka tentang sifat penyelamat dunia itu. Apakah yang anda fikir apabila anda mendengar "penyelamat dunia ini"? Anda mungkin fikir tentang apa yang difikirkan oleh semua orang yang lain! Tontonlah video ini untuk melihat apa yang dicari-cari oleh orang lain.

Nampak? Walaupun telah diramalkan bahawa Yesus akan dilahirkan di sebuah kota kecil di Yudea, mereka masih berfikir bahawa tiada apa-apa yang baik akan betul-betul datang dari sana. Allah suka mengejutkan kita! Dia suka menunjukkan kepada kita apa yang Dia dapat buat dengan permulaan yang kecil dan hati yang taat. 

Hari ini, anda akan membaca bagaimana Yesus telah datang ke dunia ini dan dilahirkan dikelilingi haiwan ternakan. Anda akan membaca bagaimana Dia meramalkan kematian-Nya. Juga, bagaimana Dia akan bangkit semula. 

Yesus memanggil diri-Nya Anak Manusia dan berkata bahawa Allah ialah Bapa-Nya. Para pengikut-Nya menyaksikan mukjizat-Nya. Walaupun Dia tidak menjolok mata, Dia memang benar. Dia mengenali dan memahami manusia dengan lebih baik daripada sesiapa yang pernah ditemui mereka. Dia dipenuhi kebenaran, malah juga dipenuhi kasih kurnia. Para pengikut-Nya asyik melihat bahawa mukjizat-Nya adalah menakjubkan, tetapi banyak antara mereka masih berasa ragu-ragu bahawa Yesus ialah apa yang didakwa-Nya. Kemudian, pada hari Jumaat, mereka melihat Dia menderita dan mati di salib sementara orang lain mempersenda-sendakan-Nya secara terbuka. Mati. Tiada lagi. Adakah itu kesudahannya? Adakah pemimpin itu akan datang untuk menangkap dan membunuh mereka sebagaimana mereka telah membunuh Yesus? Mereka berasa takut. Mereka berkumpul di sebalik pintu terkunci, cuba menyelamatkan diri.

Adakah mereka masih berani berharap bahawa mungkin, barangkali, hari Ahad Paska betul-betul akan tiba? Yesus akan bangkit daripada kematian? Dunia akan menjadi berbeza selama-lamanya? 

Tanyalah diri: Apakah yang perlu dilakukan oleh seseorang untuk meyakinkan saya bahawa ia ialah Anak Allah? Jika anda hidup pada zaman Yesus, apakah yang anda perlu lihat untuk menyedari bahawa Dia benar-benar siapa yang didakwa-Nya itu? 

Doa: Yesus, terima kasih kerana Engkau baik hati, lembut, dan rendah hati. Engkaulah penyelamat yang diperlukan oleh dunia ini. Terima kasih kerana membayar upah dosa semua orang, walaupun tindakan itu menyakitkan dan mengorbankan segala sesuatu yang Engkau miliki. Terima kasih kerana mengasihi saya sebanyak itu. Tolonglah saya untuk mengasihi-Mu juga. Dalam nama Yesus, amin.

Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

What Is Easter All About?

Pernah seorang lelaki meramalkan kematian-Nya. Dia juga meramalkan bahawa Dia akan mati selama tiga hari sahaja. Ramalan-Nya tepat sekali! Kematian Yesus dan kebangkitan-Nya daripada kematian merupakan kebenaran kisah hari Paska yang mengagumkan. Orang Kristian masih meraikan hari ini. Walau bagaimanapun, apakah maksud hari ini buat anda? Pelan Alkitab ini akan membantu anda memahami misteri dan keindahan hari Paska!

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.life.church/