Menempuh Masa SusahSampel

Going Through Hard Times

HARI 4 DARIPADA 4

Bilik Menunggu

Kita biasa mendengar orang menggunakan frasa “sementara itu” ketika menantikan sesuatu. Ketika kita berada di bilik menunggu, “sementara,” menunggu penyembuhan atau mukjizat kita, keadaan ini sering kalinya agak jelik, bukan? 

Jadi, apakah yang harus kita lakukan sementara itu? Bagaimanakah kita tetap beriman dan mempercayai bahawa Allah sedang bekerja apabila kita tidak dapat melihatnya? Berikut adalah beberapa cadangan untuk kita sementara kita bergelut:

Memuji Allah Dalam Penderitaan Anda
Salah satu perkara yang terpenting yang dapat kita lakukan dalam penderitaan kita adalah memuji Allah. Dia patut dipuji setiap hari. Apabila kita memikirkan apa yang telah dilakukan-Nya untuk kita dan keabadian yang akan kita habiskan bersama-Nya, bagaimana kita mungkin tidak memuji-Nya? Fokus pada sifat Allah—Dia tidak terbatas, tidak berubah, maha berkuasa, sempurna, berbelas kasihan, maha pengampun dan Dia berada di setiap tempat pada setiap masa. Kita memuliakan Allah dan memuji-Nya sebelum berjaya menangani dugaan atau menerima hasil yang kita inginkan.

Tetap Mengangkat
Di tengah-tengah penderitaan ini, anda mungkin melihat kelemahan diri sahaja, tetapi tidak melihat otot rohaniah yang dibina atau diri anda yang menjadi semakin kuat. Namun, dengan setiap pengulangan doa, penyembahan, pembacaan Firman Allah, dan kepercayaan akan janji-janji-Nya, roh anda diperkuatkan. Kuasa-Nya nyata sekali pada masa kita lemah. Banyak orang yang mengatakan bahawa dugaan membina atau membinasakan kita. Percayalah bahawa dugaan anda akan membina anda.

Mencurahkan Isi Hati Anda
Semua penderitaan yang ditanggung oleh anda tidak menakutkan Allah. Dia pasti dapat mengendalikan keraguan, ketakutan dan kemarahan anda. Anda hanya perlu terus mendekati-Nya. Dugaan boleh membuat kita berpaut pada Kristus atau menjauhi Kristus. Berpautlah pada-Nya. Anda mungkin tidak memahami mengapa kesukaran masih melanda kehidupan anda. Pada waktu inilah anda mempraktikkan kebenaran yang telah dipelajari ketika keadaan adalah sukar. Perbuatan ini merupakan penyerahan dan kepercayaan harian.

Sentiasa Ingat Akan Keabadian
Kita mesti menumpukan perhatian kita pada keabadian. Apabila kita menumpukan perhatian pada sesuatu yang dapat dilihat, kita menumpukan perhatian pada hal yang sementara sahaja. Hal yang tidak kelihatan, cara Allah sedang bekerja di sebalik tabirlah, yang bersifat abadi. Allah sedang melaksanakan sesuatu dalam kita, melalui kita, demi kita, dan ya, bersama kita. Marilah kita memilih untuk bersabar sementara kita menantikan masa terbaik-Nya.  

Semasa anda bertahan sepanjang musim bilik menunggu anda, janganlah takut untuk mengimbas kembali dan melihat kemajuan anda. Ini disebabkan anda sudah mencapai sedikit kemajuan. Kemudian, terus mengambil langkah seterusnya. Anda tidak akan tahu bila anda akan bangun dan melihat perubahan di awan rohaniah anda yang rendah. Hari yang anda rasa anda tidak dapat meneruskan perjalanan lagi mungkinlah hari penerobosan anda. 

Renungan

  • Sekiranya anda sedang berada di bilik menunggu kehidupan anda, mintalah Allah untuk menunjukkan kepada anda apa yang sedang dilakukan-Nya dalam dan melalui kehidupan harian anda. 
  • Daripada bacaan Alkitab hari ini, ayat atau petikan yang manakah paling menyentuh hati anda? Tuliskan fikiran anda. 
Hari 3

Perihal Pelan

Going Through Hard Times

Menghadapi situasi yang sukar adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan dalam hidup kita. Namun, dalam Pelan 4 hari yang pendek ini, kita akan mendapat galakan daripada pengetahuan bahawa kita tidak keseorangan, bahawa Allah ada tujuan untuk penderitaan kita, dan bahawa Allah akan menggunakannya untuk tujuan-Nya yang lebih besar.

More

Pelan Alkitab original ini dihasilkan dan disediakan oleh YouVersion.