Menempuh Masa SusahSampel

Bagaimana Allah Menggunakan Dugaan
Ketika kita menempuh musim yang mencabar dalam kehidupan kita, kita sama ada bertumbuh melaluinya atau sebaliknya. Anda tidak dinilai sekiranya anda masih bersusah hati dengan Allah apabila dilanda masa yang sukar. Kita semua mengalami keadaan yang sama. Namun, jika kita mencari Dia, kita akan menemui Dia. Satu cara kita mengetahui bahawa iman kita menjadi semakin kuat melalui dugaan adalah apabila soalan “mengapa” kita bertukar menjadi soalan “bagaimana.”
Bagaimanakah Engkau menggunakan ini dalam kehidupan saya?
Bagaimanakah Engkau memberi kesan terhadap orang lain melalui dugaan ini?
Bagaimanakah Engkau menghasilkan kebaikan melalui kemusnahan ini?
Terdapat satu frasa yang popular di kalangan orang Kristian, iaitu Allah tidak membazir. Dan ini memanglah kebenaran kita yang dipenuhi harapan. Sama ada kita dilanda keadaan mencabar yang tidak diingini ataupun pilihan kitalah yang mengakibatkan keadaan itu, Allah akan menggunakan setiap lingkungan keadaan itu untuk menebus kehidupan kita, membawa kesan yang baik terhadap orang lain, dan menerima kemuliaan. Marilah berbincang tentang apa yang dilakukan oleh Allah dengan penderitaan kita.
Dia Mengubah Kita
Ketika kita menderita kerana pengalaman pahit yang benar-benar melukakan kita, kebanyakan daripada kita hendak “melaluinya” sahaja. Walau bagaimanapun, untuk betul-betul melaluinya, kita mesti menempuhnya. Kita mesti menahan penderitaannya, menangani apa jua yang memilukan hati kita supaya kita dapat mengalami penyembuhan menyeberangi dugaan itu. Apabila kita mengharungi ribut dalam kehidupan kita, kita akan menjadi lebih kuat untuk menempuhnya.
Dia Mengubah Orang Lain
Ramai daripada kita telah menahan cabaran dalam kehidupan kita yang telah memberikan kita pengalaman yang tidak mungkin diperoleh melalui pendidikan formal. Kita mungkin tidak memiliki ijazah dari kolej tetapi kita merupakan pakar dalam bidang penderitaan kita. Allah melihat ini dan menganggap kita sebagai saluran-Nya untuk membantu orang lain. Paulus menulis dalam 2 Korintus 1:4 bahawa Dia "menolong kami supaya kami pun dapat menolong semua orang yang mengalami kesusahan.” Dia tidak mengizinkan kita untuk mengalami kesusahan yang paling dahsyat demi menyatakan kita telah mengalaminya sahaja. Tidak, keinginan-Nya adalah kita menerima penghiburan yang diberi-Nya dan berkongsinya dengan orang lain.
Roma 8:28 mengatakan bahawa Allah mengendalikan "segala hal" sehingga menghasilkan yang baik. Bukan dalam sesetengah hal atau beberapa hal sahaja tetapi segala hal. Allah mengambil perkara paling teruk yang mungkin berlaku—Yesus mati di salib—dan menggunakannya untuk kebaikan yang lebih tinggi—keselamatan seluruh bangsa manusia. Semakin besar penderitaan itu, semakin besar peluangnya untuk penebusan Allah diperlihatkan dengan indah. Dengan setiap kisah penebusan, Allah menerima kemuliaan kerana cara Dia telah mengubah tragedi dalam kehidupan kita menjadi kemenangan.
Pada hari terakhir Pelan ini, kita akan membincangkan mengapa musim mencabar kita adalah lebih panjang daripada yang kita harapkan. Ketika menunggu, kita akan belajar untuk lebih mempercayai Allah dan bertumbuh dalam iman kita.
Renungan
- Apakah dugaan yang paling susah yang pernah anda alami? Bagaimanakah anda dapat menggunakan penderitaan anda untuk mempengaruhi orang lain?
Perihal Pelan

Menghadapi situasi yang sukar adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan dalam hidup kita. Namun, dalam Pelan 4 hari yang pendek ini, kita akan mendapat galakan daripada pengetahuan bahawa kita tidak keseorangan, bahawa Allah ada tujuan untuk penderitaan kita, dan bahawa Allah akan menggunakannya untuk tujuan-Nya yang lebih besar.
More
Pelan yang Berkaitan

Semua Yang Jerih Lelah: Allah Menyertai Saya

Sukacita untuk Perjalanan: Menemui Harapan di Tengah-tengah Dugaan

Benih: Apa dan Mengapa

Bangkitlah dan Bersinarlah

Apakah Tujuan Saya? Belajar Mengasihi Allah dan Mengasihi Orang Lain

Mengasihi dan Terus Mengasihi

Menyerahkan Usaha Anda kepada Tuhan

Serahkanlah Segala Kekhuatiran Kamu

Anthem:Kasih Kurnia dalam Cerita Hidup Anda
