Menempuh Masa SusahSampel
Mengapa Kita Menghadapi Dugaan
Ketika menghadapi dugaan hidup, satu perkataan yang biasanya diucapkan ialah mengapa. Disebabkan dugaan hidup adalah sukar, menyakitkan, dan menyeksakan, kita sering bertanya, “Mengapa ini berlaku kepada saya?” dan kita hampir tidak pernah memperoleh jawapan yang dicari-cari itu. Dugaan membuat kita meragui kepercayaan kita kerana keinginan kita diuji.
Seperti yang telah kita belajar pada Hari 1, Yesus telah mengajar kita bahawa kita akan menderita. Kehidupan sebagai pengikut Kristus tidaklah bebas daripada kesusahan. Dunia kita sudah jatuh dan rosak dengan manusia yang berdosa dan remuk. Sudah tentu ada dugaan. Orang lain akan melakukan hal yang akan mempengaruhi kita. Kita akan melakukan hal yang akan mempengaruhi orang lain dan diri kita. Mungkin tidak sengaja, namun tindakan kita masihlah menderitakan kehidupan orang lain. Barangkali kehidupan kita juga.
Berikut adalah beberapa sebab kita menghadapi dugaan:
Perkembangan Rohaniah
Tanpa menghiraukan bagaimana dugaan melanda kehidupan kita, ia boleh digunakan sebagai alat untuk memperkuat dan mengembangkan watak kita dan iman kita. Ketika kita mengalami keadaan yang menguji kesabaran dan ketahanan kita, kita boleh menanganinya dan membenarkannya untuk memperkuatkan diri kita ataupun kita boleh terus melawannya. Memanglah amat sukar untuk membenarkan masa yang sukar untuk memperhalus kita, namun apabila kita membenarkannya, hasilnya, iaitu versi diri kita yang lebih baik dan lebih salih, memanglah berbaloi.
Kesan Pilihan
Terdapat hakikat yang tidak menyenangkan ekoran daripada pilihan dan kesan yang menyusul. Sering kali, dugaan dan kesukaran kita adalah kesan langsung daripada cara orang lain menjalankan kehidupan mereka dan cara kita menjalankan kehidupan kita. Kita mungkin menderita kerana tindakan orang lain atau tindakan diri sendiri. Sesetengah tindakan adalah berdosa, dan apabila ia berdosa, akibatnya pastilah tidak baik.
Serangan Rohaniah
Berhubung dengan Iblis, musuh rohaniah kita, kita sama ada terlalu mempercayainya atau terlalu kurang mempercayainya. Setiap perkara buruk yang berlaku kepada kita bukanlah kesalahannya tetapi harus difahami bahawa Iblis memainkan peranan dalam keadaan sukar yang kita hadapi.
Pada hari ketiga dalam Pelan ini, kita akan meneliti Alkitab yang dipenuhi harapan, yang akan menunjukkan kepada kita bahawa Allah sentiasa bekerja dengan menggunakan segala sesuatu demi kebaikan kita, seterusnya memberikan kesan terhadap dunia ini.
Renungan
- Mengimbas kembali dugaan hidup yang pernah anda hadapi. Adakah anda rasa itu merupakan ujian untuk mengembangkan watak anda, kesan suatu pilihan, atau serangan rohaniah? Tuliskan fikiran anda.
Perihal Pelan
Menghadapi situasi yang sukar adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan dalam hidup kita. Namun, dalam Pelan 4 hari yang pendek ini, kita akan mendapat galakan daripada pengetahuan bahawa kita tidak keseorangan, bahawa Allah ada tujuan untuk penderitaan kita, dan bahawa Allah akan menggunakannya untuk tujuan-Nya yang lebih besar.
More