Kehidupan Baru Dalam KristusSampel

New Life In Christ

HARI 4 DARIPADA 4

Cara Menjalani Kehidupan Baru Saya

Hari ini, kita mengakhiri Pelan 4 hari kita dengan seruan kuat daripada Rasul Paulus dalam Kolose 3:17 (BM) — Segala sesuatu yang kamu lakukan atau katakan, haruslah dilakukan demi nama Tuhan Yesus, sambil bersyukur kepada Allah Bapa bagi apa yang dilakukan oleh Tuhan Yesus untuk kamu. 

Terjemahan The Passion Translation (TPT) menyatakannya begini: “Let every activity of your lives and every word that comes from your lips be drenched with the beauty of our Lord Jesus, the Anointed One. And bring your constant praise to God the Father because of what Christ has done for you! (Setiap kegiatan hidupmu dan setiap kata yang terlepas dari mulutmu haruslah basah lencun dengan keindahan Tuhan Yesus kita, Dia yang diurapi. Dan bawalah pujian tidak putus-putusmu kepada Allah Bapa kerana apa yang dilakukan oleh Kristus untukmu!)”

Wah! Itu ialah tugas yang agak mustahil, bukan? Nampaknya kurang realistik memikirkan bahawa segala sesuatu yang kita katakan dan lakukan akan dilakukan demi nama Yesus. Adakah pujian dan kesyukuran yang tidak putus-putus dapat dicapai? 

Daripada menumpukan perhatian pada perkataan yang merangkumi segala sesuatu seperti semua dan setiap, marilah kita ubah pemikiran kita. Bagaimana jika kita mencuba untuk tidak berfikir tentang hal yang tidak harus kita katakan atau lakukan dan hanya menetapkan beberapa parameter untuk membimbing kita? Saat kita sedar akan hal sehari-hari ini, kita memuliakan Allah dengan melakukannya demi nama-Nya. Kita seharusnya menanya diri sendiri...

  • Adakah kata-kata saya membina orang lain atau melukai roh mereka?
  • Adakah saya melayani apabila saya melihat keperluan atau merasakan itu terlalu rendah bagi saya?
  • Adakah saya berbelas kasihan terhadap orang lain atau tidak mengambil berat?
  • Adakah saya memaafi walaupun saya tidak ingin berbuat demikian?
  • Adakah saya menyayangi orang lain walaupun sukar untuk berbuat demikian?
  • Adakah saya baik walaupun orang lain tidak baik terhadap saya?
  • Adakah saya bersikap lembut ketika lebih mudah untuk bersikap kasar?

Ini tidak bererti kita tidak akan membuat kesilapan. Kita akan membuat kesilapan. Kadang-kadang, masih ada reja hubungan di belakang kita. Namun, harapannya ialah agar kata-kata dan perbuatan kita akan mula sejajar dengan kuasa pekerjaan Kristus dalam hidup kita. Semoga kita akan mula mempertimbangkan segala sesuatu yang kita lakukan dan katakan semuanya demi nama Yesus. 

Oleh itu, marilah kita membanteras perkara yang tidak elok yang telah lama membelenggu kita dengan menanamkan belas kasihan, kebaikan, kesabaran, kelembutan, kerendahan hati, pengampunan, dan kasih. Marilah kita menyingkirkan kemarahan, kegeraman, dan kejahatan yang menghakis hati kita dan mengenakan hal yang Allah kehendaki daripada kita. 

Semasa kita membuat pilihan ini, marilah kita meminta Allah untuk mengembangkan dalam diri kita hati yang penuh kesyukuran kerana semua yang telah Dia lakukan untuk kita. Kehidupan orang yang ditandai dengan kesyukuran mempunyai sukacita yang tidak terpadam yang berjangkit kepada orang yang bertembung dengan mereka.

Renungan

  • Adakah anda berinteraksi dengan orang lain dengan pemahaman akan kebaikan Allah terhadap anda?
  • Semasa anda meneruskan perjalanan anda, luangkan masa setiap pagi untuk meminta agar Allah memberikan anda mata untuk melihat di mana anda dapat mengamalkan nilai murni tersebut dalam hubungan harian anda.
Hari 3

Perihal Pelan

New Life In Christ

Sebagai pengikut Kristus, kita memiliki kehidupan baru dalam Kristus. Namun, apakah maksudnya? Dalam Pelan Alkitab ini, anda akan mempelajari maksud kehidupan baru dalam Kristus, bagaimana menyingkirkan perkara yang tidak baik dengan menanam sifat yang menyerupai Kristus, dan bagaimana mengucapkan dan melaksanakan segala sesuatu seolah-olah kita melakukannya untuk Kristus.

More

Pelan Alkitab original ini dihasilkan dan disediakan oleh YouVersion.