Kehidupan Baru Dalam KristusSampel

New Life In Christ

HARI 3 DARIPADA 4

Mengenakan

Kolose 3:10 bermula dengan memberitahu kita untuk “mengenakan” diri yang baru. Perkataan Yunani untuk mengenakan bermaksud “mengenakan pakaian” — seolah-olah memakai pakaian. Kita harus mengenakan perkara yang seiring dengan kehidupan baru kita dalam Kristus — belas kasihan, kebaikan, kerendahan hati, kelembutan, kesabaran, pengampunan, dan kasih. Bayangkan memakai baju belas kasihan, kesabaran, dan pengampunan. 

Jadi, bagaimanakah kita memilih kebaikan, kerendahan hati, dan kelembutan? Ini tidak sesukar yang anda sangka. Yang berikut ialah beberapa cadangan:

Memupuk perkara yang baik.
Mungkin anda pernah mendengar apa yang anda menyuburkan akan tumbuh. Memang benar. Apabila kita memilih untuk memberikan tumpuan pada perkara yang baik dan mengutamakannya dalam hidup kita, perkara itu akan berkembang. Sama seperti memberikan khasiat yang sesuai kepada bayi yang baru dilahirkan menyebabkan bayi itu untuk menjadi kuat. Maka, pilihlah untuk menyuburkan roh anda dengan mendengar perkara dan melakukan aktiviti yang membina anda serta menguatkan roh anda. 

Mengabaikan yang buruk.
Mengabaikan sesuatu bermaksud meninggalkannya dan tidak mengendahkannya. Jadi, itulah yang kita lakukan dengan sifat yang tidak menyenangkan dalam hidup kita — kita bertaubat, meninggalkannya dan lari daripadanya. Kita tidak menyuburkannya atau memberikan perhatian padanya. Cara kita melakukan ini ialah kembali kepada cadangan yang pertama dan memupuk perkara yang baik. Apabila kita memberikan tumpuan pada perkara yang baik dan memberikannya hidup, perkara yang buruk tidak akan diendahkan, diketepikan, dan diabaikan. Jadi, bayangkan semua perkara buruk, dosa, dan pergelutan yang menghalang anda daripada menjalani hidup yang sempurna dalam Kristus dan mengetepikannya dengan memilih sifat yang bertentangan.

  • Jika anda suka menyindir dan melukakan perasaan orang lain, pilihlah untuk mengatakan sesuatu yang baik.
  • Jika anda cenderung bersikap keras, pilihlah untuk melakukan sesuatu yang memerlukan kelembutan.
  • Jika anda menaruh dendam, pilihlah untuk memaafi.

Sesetengah pilihan adalah lebih sukar daripada pilihan yang lain, tetapi...kita masih mempunyai pilihan. Tindakan mengenakan sifat tersebut dinyatakan dalam hubungan kita. Cara kita melayan orang lain — semua orang — adalah penting. Yesus mengatakan bahawa kita tidak boleh mengaku kita mengasihi-Nya jika kita membenci orang lain. Interaksi mengufuk kita dengan orang lain merupakan petunjuk utama tentang kesihatan tegak kita dengan Allah. Kehidupan yang mengenakan sifat mulia ini menghidupkan roh kita dan memihak kepada kita, bukan melawan kita. 

Renungan

  • Apakah perkara yang anda lakukan untuk “memupuk perkara yang baik” dalam hidup anda? 
  • Catatkan satu atau dua pergelutan yang cenderung membuat anda tersandung setiap hari dan buatlah rancangan untuk menghapuskan pergelutan tersebut daripada hidup anda. 
Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

New Life In Christ

Sebagai pengikut Kristus, kita memiliki kehidupan baru dalam Kristus. Namun, apakah maksudnya? Dalam Pelan Alkitab ini, anda akan mempelajari maksud kehidupan baru dalam Kristus, bagaimana menyingkirkan perkara yang tidak baik dengan menanam sifat yang menyerupai Kristus, dan bagaimana mengucapkan dan melaksanakan segala sesuatu seolah-olah kita melakukannya untuk Kristus.

More

Pelan Alkitab original ini dihasilkan dan disediakan oleh YouVersion.