Menemukan Jalan Kembali kepada AllahSampel

Finding Your Way Back To God

HARI 4 DARIPADA 5

"Bagaimanapun Allah Mengasihi Saya dengan Mendalam" Dalam hidup baru anda dengan Bapa, kesedaran seterusnya mungkin kelihatan seperti suatu langkah terkebelakang daripada kemajuan. Allah menawarkan anda sesuatu yang anda ingini dan perlukan—sambutan balik. Namun, sesuatu dalam anda mungkin mahu menahan. Disambut pulang oleh Bapa syurgawi anda dan diterima dalam keluarga itu—tanpa soalan—mungkin kelihatan betul-betul tidak realistik bagi seseorang yang telah merayau jauh dan demikian lama. Kita memanggil peringkat perjalanan anda ini sebagai kesedaran terhadap kasih. Pada waktu ini, kita mula dengan mengatakan, "Saya tidak layak menerima ini." Penerimaan Allah amat sukar dipercayai. Namun, perkara yang dikatakan dan dilakukan Allah adalah betul-betul bertentangan daripada perkara yang kita fikirkan layak diterima kita sehingga kita menerima kesedaran yang paling menakjubkan: "Bagaimanapun Allah mengasihi saya dengan mendalam." Anda boleh melihat sebab kita mengatakan bahawa tarik tali rohani menyertai kepulangan kita. Kita memiliki keyakinan tertentu tentang diri kita, dan Allah mempunyai keyakinan yang berbeza. Kita melihat masa silam kita sebagai dipenuhi kegagalan dan rasa malu, dan Dia melihat kita yang seadanya dengan kasih sayang dan belas kasihan. Itulah sebabnya kesedaran ini adalah suatu penerobosan yang besar. Kita menyedari, barangkali buat pertama kalinya, bahawa tiada seorang pun daripada kita patut menerima peluang kedua, tiada antara kita yang patut diampuni, dan kita pastinya tidak patut dikasihi tanpa syarat. Namun kita layak! Anda layak! Anda tidak patut menerimanya, walau bagaimanapun Allah memberikannya kepada anda. Sekiranya anda adalah seperti kebanyakan orang antara kita, anda tahu tentang rasa malu. Rasa malu membisikkan, "Kamu tidak penting" dan "Kamu tidak mudah disayangi." Rasa malu menjerit, "Tiada peluang lagi untuk kamu!" Rasa malu mengutuk diri, dan apabila kita menemui kasih karunia buat pertama kalinya, kita mendapati diri kita mengulang, "Saya tidak patut menerima ini." Jangan biarkan kesilapan dan kegagalan masa silam anda untuk mendefinisikan anda. Itulah suara rasa malu. Anda bukanlah kelakuan anda ataupun perkara yang tidak dilakukan. Anda bukanlah perkara yang telah dilakukan terhadap anda. Anda adalah siapa yang dikatakan Allah. Anak-Nya. Adakah anda mengalami tarik tali rohani dalam diri anda? Jika ya, bagaimanakah anda menggambarkannya?
Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Finding Your Way Back To God

Adakah anda inginkan lebih lagi daripada hidup anda? Menginginkan lebih lagi sebenarnya adalah kerinduan untuk kembali kepada Allah—apa jua keadaan hubungan anda dengan Allah pada masa ini. Kita mengalami batu penanda—atau kesedaran—semasa kita menemukan jalan kembali kepada Allah. Alamilah setiap kesedaran ini dan kurangkan jarak antara kedudukan anda sekarang dan destinasi anda. Kami ingin menemukan Allah, Dia betul-betul ingin ditemui.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Dave Ferguson, Jon Ferguson dan WaterBrook Multnomah Publishing Group kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://waterbrookmultnomah.com/catalog.php?work=235828