Menemukan Jalan Kembali kepada AllahSampel
"Saya Tidak Dapat Melakukan Ini Sendiri"
Di mana-mana jua kita dalam perjalanan kita untuk menemukan jalan kembali kepada Allah, kita masih berpegang kepada sesuatu dalam kehidupan kita. Bagi sesetengah orang, ia adalah sesuatu aktiviti atau tabiat rahsia yang tidak diketahui orang lain. Bagi yang lain, ia adalah sesuatu pengejaran yang agak ketara.
Apakah yang dipegang anda? Apakah yang perlu anda lepaskan? Allah jarang menempatkan sesuatu yang baru dalam hidup anda sehingga anda melepaskan sesuatu yang lama dan rosak.
Maka, langkah seterusnya selepas kesedaran terhadap kekesalan adalah kesedaran terhadap pertolongan. Kesedaran ketiga ini merupakan satu langkah besar yang mendekatkan kita kepada Allah kerana kita menyedari bahawa kita tidak dapat melakukannya sendiri. Apakah yang berlaku seterusnya?
Kita membuat keputusan.
Kita berbual.
Kita menyertai kumpulan sokongan.
Kita mendapati diri di barisan belakang gereja
Kita berlutut dan berseru, "Allah, jika Engkau adalah benar . . . !"
Lari daripada pilihan yang membinasakan dan mendapatkan bantuan adalah sebahagian daripada pertaubatan. Bertaubat bermaksud pulang ke rumah, kembali ke tempat semula anda dan tempat asal anda. Pulang ke rumah adalah tentang diampuni dan menerima keyakinan tentang hidup selepas hidup ini, tetapi ia juga tentang menemui maksud dan haluan yang baru bagi hidup yang tidak dapat ditemui di mana-mana tempat yang lain. Ia adalah tentang berhubungan dengan Allah. Ia adalah tentang mengubah haluan hidup anda dan kembali ke tempat semula anda dan tempat asal anda. Apabila anda bertaubat, Allah mengubah anda. Anda tidak sama lagi. Alkitab mengatakan bahawa Roh Allah diam dalam anda, dan menyebabkan transformasi yang dapat dilihat dan berterusan.
Ingatlah bahawa bertaubat tidak bermaksud rasa tidak enak. Sebenarnya, Alkitab mengatakan bahawa pertaubatan sebenar membawa kepada "waktu kelegaan" daripada Tuhan. Bertaubat adalah tentang permulaan baru dan mengakui, "Saya memerlukan bantuan." Panggilan ini untuk bertaubat, untuk berpaling daripada dosa kita dan kembali kepada Allah, adalah untuk semua orang.
Hari ini mungkinlah waktu anda pulang ke rumah. Bangkitlah di mana jua anda berada dan pulang ke tempat asal anda. Keputusan buruk yang pernah anda buat pada masa silam tidak penting. Allah mengatakan kepada anda, "Apa sahaja yang pernah kamu lakukan, apa sahaja yang kamu jadi, itu tidak penting. Pulanglah."
Apakah yang memerlukan pertaubatan hari ini? Bagaimanakah pertaubatan dapat membawa anda kepada "waktu kelegaan" dengan Allah?
Perihal Pelan
Adakah anda inginkan lebih lagi daripada hidup anda? Menginginkan lebih lagi sebenarnya adalah kerinduan untuk kembali kepada Allah—apa jua keadaan hubungan anda dengan Allah pada masa ini. Kita mengalami batu penanda—atau kesedaran—semasa kita menemukan jalan kembali kepada Allah. Alamilah setiap kesedaran ini dan kurangkan jarak antara kedudukan anda sekarang dan destinasi anda. Kami ingin menemukan Allah, Dia betul-betul ingin ditemui.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Dave Ferguson, Jon Ferguson dan WaterBrook Multnomah Publishing Group kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://waterbrookmultnomah.com/catalog.php?work=235828