Menemukan Jalan Kembali kepada AllahSampel

Finding Your Way Back To God

HARI 1 DARIPADA 5

"Pasti Ada Sesuatu yang Lebih daripada Ini" Pernahkah anda rasa bahawa anda sedang mengejar sesuatu dalam hidup yang tidak akan memuaskan anda sepenuhnya? Tumpukan perhatian pada perasaan itu. Ia berasal daripada Allah. Kita bukan sahaja bercakap tentang isu penyalahgunaan bahan, meskipun meminum alkohol dan meneruskan ketagihan yang lain memanglah pengejaran sesuatu yang tidak berguna. Walau bagaimanapun, kita juga mengenali ramai "jemaat baik" yang menghadiri kebaktian pada setiap minggu—atau seseorang yang berkhutbah di mimbar—yang rasa mereka adalah berjauhan daripada Allah. Pada zahirnya, mereka adalah "berjaya" atau "tenang" atau "benar", tetapi mereka merindukan Allah dalam batinnya. Mereka memenuhi masa dengan amalan agama dan kerja, sekolah, atau keluarga, tetapi itu adalah tidak memadai. Mereka merindukan Allah agar rasa nyata kepada mereka. Kerinduan itu adalah kesedaran rohani yang pertama bagi kita yang ingin menemukan jalan kembali kepada Allah: "Pasti ada sesuatu yang lebih daripada ini." Apabila anda inginkan kasih yang mendalam dan memuaskan, apabila anda ingin mengabdikan diri kepada sesuatu yang benar-benar membawa perbezaan, atau apabila anda mencari jawapan kepada persoalan kehidupan yang paling sukar, anda sedang mencari Allah. Anda mempunyai dua pilihan: anda boleh terus mencari demi memenuhi kerinduan itu atas usaha sendiri, atau anda boleh mengharapkan Dia yang telah memberikan anda kerinduan itu dari mula lagi. Kerinduan kita terhadap kasih yang sejati dapat dikesan kepada cara manusia dicipta pada mula-mulanya. Allah memaksudkan agar kita mengalami kasih-Nya secara langsung daripada-Nya dan melalui orang lain yang berhubungan dengan kita dalam secara sihat. Perkara yang kita rindukan, bukan sahaja dimiliki Allah malah ialah Allah. Dialah kasih dan Dia mengejar kita dalam kasih. Kita pernah mendengar bahawa setiap orang yang mengetuk pintu rumah pelacuran sebenarnya mencari Allah. Jika anda sedang mengetuk pintu sesetengah kelakuan atau hubungan yang melukai diri, anda mungkin sudah tiba pada satu detik penting dalam perjalanan anda untuk kembali kepada Allah. Mengapa? Kerana kehampaan yang anda rasa dalam pengganti murah akan membuat anda tertanya-tanya tentang tempat di mana kasih sejati dapat ditemui. Adakah anda akan membuka diri untuk membenarkan Allah memenuhi kerinduan anda untuk mengasihi dan dikasihi? Apakah yang dikatakan aktiviti anda pada minggu ini tentang perkara yang anda rasa akan memuaskan anda?
Hari 2

Perihal Pelan

Finding Your Way Back To God

Adakah anda inginkan lebih lagi daripada hidup anda? Menginginkan lebih lagi sebenarnya adalah kerinduan untuk kembali kepada Allah—apa jua keadaan hubungan anda dengan Allah pada masa ini. Kita mengalami batu penanda—atau kesedaran—semasa kita menemukan jalan kembali kepada Allah. Alamilah setiap kesedaran ini dan kurangkan jarak antara kedudukan anda sekarang dan destinasi anda. Kami ingin menemukan Allah, Dia betul-betul ingin ditemui.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Dave Ferguson, Jon Ferguson dan WaterBrook Multnomah Publishing Group kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://waterbrookmultnomah.com/catalog.php?work=235828