Bagaimana Memulakan Bacaan AlkitabSampel
Menerapkan Kebenaran Alkitabiah dalam Kehidupan Anda
Jangan jatuh ke dalam jebak mengkaji Alkitab tanpa melaksanakan apa yang dikatakannya. — Francis Chan
Seperti yang telah dibincangkan, membaca Alkitab adalah penting bagi keintiman kita dengan Kristus. Walau bagaimanapun, membaca dan mempelajari beberapa maklumat latar belakang tanpa melakukan apa-apa dengan pengetahuan itu adalah tidak lengkap. Itulah sebabnya mengapa kita mesti menerapkan apa yang telah dibaca dan dipelajari supaya kita boleh terus bertumbuh sebagai pengikut Kristus.
Firman Tuhan adalah senjata kita. Firman-Nya hidup, aktif, dan lebih tajam daripada mana-mana pedang bermata dua. Apabila kita menyimpan Firman Tuhan dalam hati kita, Firman itu bukan sahaja membantu kita menjauhi dosa malah membantu kita melawan kuasa jahat. Kita mempunyai musuh, dan perkara terakhir yang ia mahu kita lakukan adalah mempercayai Tuhan dan Alkitab. Musuh rohani kita mengharapkan kita untuk tidak mempedulikan apa yang telah dipelajari.
Namun, salah satu perkara yang paling berkuasa yang kita dapat belajar daripada Alkitab adalah siapa kita ini dalam Kristus dan bagaimana menerapkan kebenaran tersebut dalam kehidupan kita. Berikut adalah beberapa bohong biasa yang kita percayai dan antidot untuk mengatasinya:
Bohong yang Dipercayai — Saya seorang yang gagal, dan tidak dapat melakukan apa-apa dengan betul.
Menerapkan Kebenaran Tuhan — Saya mungkin bergelut, tetapi dengan kuasa yang diberikan oleh Kristus, saya berdaya menghadapi segala macam keadaan (Filipi 4:13).
Bohong yang Dipercayai — Tuhan macam mana akan membiarkan perkara ini berlaku dalam hidup saya?
Menerapkan Kebenaran Tuhan — Saya tahu bahawa Allah mengendalikan SEGALA hal sehingga menghasilkan yang baik bagi orang yang mengasihi Dia dan yang sudah dipanggil-Nya sesuai dengan rancangan-Nya. (Roma 8:28)
Bohong yang Dipercayai —Saya akan sentiasa begitu sahaja.
Menerapkan Kebenaran Tuhan — Saya boleh berubah kerana Saya bersatu dengan Kristus. Yang lama sudah lenyap dan yang baru bermula! (2 Korintus 5:17)
Berfikir tentang bohong yang telah anda percaya. Memanglah biasa, dan secara terus terangnya lebih mudah untuk melayani bohong ini kerana bohong ini telah menjadi sebahagian daripada kita. Namun, ini bukanlah perkara terbaik yang disediakan oleh Tuhan. Sebaik sahaja anda menyedari bohong tersebut, anda sudah separuh jalan ke kemenangan. Dia telah memberikan kita Firman-Nya supaya kita akan mengetahui kebenaran, kerana kebenaran-Nya adalah kebenaran yang membebaskan kita.
Marilah hidup lebih menyerupai pemenang yang telah dicipta oleh Tuhan dan menggunakan kuasa yang memberikan hidup, menyampaikan harapan, dan menewaskan iblis yang telah diberikan kepada kita daripada Firman Tuhan.
Renungan
- Adakah anda betul-betul menerapkan apa yang telah dibaca dalam Alkitab? Ataupun adakah anda membenarkan dialog dalaman anda untuk menguasai anda dan merampas keupayaan anda untuk menerapkannya?
- Apakah cabaran anda yang paling sukar yang sedang dihadapi sekarang? Luangkan masa untuk mencari ayat Alkitab yang akan membantu anda menerapkan kebenaran Tuhan supaya anda akan berjalan dalam kemenangan.
Perihal Pelan
Berterus-teranglah: kita sedar bahawa membaca Alkitab adalah idea yang baik, tetapi agak sukar untuk mengetahui cara memulakannya. Sepanjang empat hari seterusnya, kita akan belajar mengapa Alkitab itu penting, bagaimana memulakan tabiat membaca setiap hari, dan bagaimana menerapkannya dalam kehidupan kita sekarang ini.
More