Bagaimana Memulakan Bacaan AlkitabSampel

How to Start Reading the Bible

HARI 1 DARIPADA 4

Apakah Itu Alkitab dan Mengapa Alkitab Itu Penting 

Alkitab yang banyak dibaca adalah tanda jiwa yang cukup makan. — Tanpa nama

Alkitab, biasanya dirujuk sebagai Firman Tuhan atau Kitab Suci, adalah buku panduan kita sebagai pengikut Kristus dan merupakan komponen utama untuk membantu kita berjalan lebih dekat dengan Yesus. Sementara Alkitab tidak menjawab semua soalan kita, Alkitab memberikan arahan kepada kita tentang siapa itu Tuhan, bagaimana menjalin hubungan dengan orang lain, bagaimana hidup bertujuan, dan bagaimana menerima hidup yang kekal.

Salah satu hal yang paling menggentarkan yang boleh dimaklumkan kepada kita adalah kita harus membaca Alkitab dengan lebih kerap lagi. Walau bagaimanapun, kita boleh mempelajari beberapa kebenaran yang berkuasa tentang Alkitab, dan itu akan menggalakkan kita untuk menjadikannya sebahagian daripada rutin harian kita. 

Pertama, marilah bercakap tentang apa itu Alkitab.

Alkitab terdiri daripada ...

  • 66 kitab yang berlainan…
  • ...yang ditulis dalam tempoh lebih daripada 1,500 tahun…
  • ...dalam tiga bahasa… 
  • ...oleh lebih daripada 40 orang penulis yang berlainan…
  • ...yang hidup di tiga benua yang berlainan…
  • …yang semuanya diilhamkan oleh Tuhan.

Walaupun kitab-kitab tersebut ditulis secara berasingan, semuanya bercakap tentang satu tema sepanjang Perjanjian Lama dan Baru: penebusan manusia melalui Penyelamat kita, Yesus Kristus.

Terdapat lebih daripada 300 nubuatan Perjanjian Lama yang meramalkan kehidupan dan pekerjaan Yesus dan setiap satu daripadanya digenapi dalam hidup-Nya. Dengan semua perbezaan dalam cara dan waktu Alkitab dituliskan, kebanyakan nubuatan tersebut tidak mungkin diramalkan oleh penulisnya dan mereka tidak juga mungkin berkomplot antara satu sama lain.

Fakta tersebut memang mengagumkan! Mengkaji dan mempelajari tentang Alkitab akan menjadi usaha sepanjang hayat, kerana kita ialah manusia terbatas yang cuba memahami Tuhan yang tidak terbatas. Akan tetapi, kita boleh berkembang dalam pemahaman kita dan terus belajar sepanjang hayat kita. 

Kita mungkin tertanya-tanya bagaimana kehidupan kita betul-betul dipengaruhi apabila kita tidak membaca Alkitab. Kita mungkin tidak merasakan perbezaan yang besar jika kita tertinggal sehari. Ini seakan-akan mengambil ubat untuk penyakit kita— kita mungkin tidak fikir ubat itu berkesan, tetapi jika kita tidak mengambilnya, kita merasakan perbezaan yang besar. Kita mungkin tidak sentiasa rasa seperti Akitab itu mempengaruhi kita, tetapi jika kita mengeluarkannya daripada perjalanan harian kita dengan Yesus, kita akan melihat betapa kebulurnya roh kita. 

Semasa kita meneruskan Pelan Alkitab ini, kita akan menyedari bagaimana membentuk tabiat mengkaji Alkitab setiap hari, mempelajari cara menerapkan Firman Tuhan dalam kehidupan kita, dan mempercayai Tuhan dengan lebih konsisten. 

Renungan

  • Adakah anda mempercayai kesahan dan kepentingan Alkitab? Mengapa ya atau mengapa tidak?
  • Jika ini adalah lingkungan yang anda ingin dalami, terdapat banyak sumber yang tersedia dalam talian daripada orang yang telah menghabiskan sepanjang hayat mereka untuk memperoleh fakta tentang Alkitab dan kesahannya.
Hari 2

Perihal Pelan

How to Start Reading the Bible

Berterus-teranglah: kita sedar bahawa membaca Alkitab adalah idea yang baik, tetapi agak sukar untuk mengetahui cara memulakannya. Sepanjang empat hari seterusnya, kita akan belajar mengapa Alkitab itu penting, bagaimana memulakan tabiat membaca setiap hari, dan bagaimana menerapkannya dalam kehidupan kita sekarang ini.

More

Pelan Alkitab original ini dihasilkan dan disediakan oleh YouVersion.

Pelan yang Berkaitan