Bagaimana Memulakan Bacaan AlkitabSampel
Bagaimana Memulakan Tabiat Membaca Alkitab Setiap Hari
Jangan tercicir dua kali. Jika anda tertinggal sehari, cuba sambung kembali secepat mungkin. — James Clear
Membaca Alkitab boleh rasa menenggelamkan jika anda belum mula melakukannya lagi. Ataupun, barangkali anda membuka Alkitab sekali-sekala, tetapi secara keseluruhannya, perbuatan ini bukanlah sebahagian daripada kehidupan harian anda. Hari ini, kita boleh mengubah itu dengan menggabungkan beberapa langkah mudah.
Memulakan tabiat Alkitab harian tidak perlu mempunyai rupa tertentu. Walau apa pun pendekatan anda, Tuhan akan mendedahkan sesuatu kepada kita secara berkuasa apabila kita berbuat demikian. Seperti petikan di atas: Jangan tercicir dua kali. Bukan kerana Tuhan akan memarahi kita — Dia tidak memarahi kita. Walau bagaimanapun, semakin banyak hari yang tercicir, semakin mudah untuk berhenti sama sekali. Berikut adalah beberapa cadangan untuk membantu anda memulakan tabiat membaca Alkitab setiap hari.
Baca Perjanjian Baru.
Ini merupakan titik permulaan yang baik kerana Perjanjian Baru mencatatkan kehidupan dan pengajaran Yesus. Anda boleh menambahkan bacaan Perjanjian Lama kemudian, tetapi bagi orang baru atau orang yang tidak memahami Alkitab, inilah titik permulaan anda. Mula daripada Matius dan baca satu bab setiap hari. Tuliskan nota atau soalan anda sepanjang pembacaan dan tanyalah seorang kawan atau pastor yang mendahului anda dalam perjalanan membaca Alkitab mereka.
Mulakan Pelan Alkitab.
Di YouVersion, kami menawarkan ribuan Pelan Alkitab—seperti Pelan ini—untuk membantu anda dalam perjalanan anda. Terdapat banyak orang yang berpengetahuan luas tentang Alkitab, sejarahnya, dan latar belakangnya, dan itu akan membantu anda memahaminya. Anda boleh memulakan dengan mencari Pelan yang akan membantu anda melintas semak Alkitab.
Berdoa untuk bimbingan.
Membaca Alkitab setiap hari adalah langkah pertama. Suatu langkah yang besar! Apabila anda terus membaca dan mempelajari lebih banyak tentang selok-belok Alkitab, berdoalah kepada Tuhan agar Dia menunjukkan wawasan yang berharga tentang Alkitab kepada anda. Mintalah Tuhan untuk menghidupkan kebenaran-Nya kepada anda supaya anda dapat betul-betul bertumbuh dalam pemahaman akan Firman-Nya.
Pasti ada waktu kita rasa tidak mahu membaca Alkitab. Banyak perkara lain menarik perhatian kita. Pasti ada waktu kita membaca Alkitab tetapi tidak betul-betul memahaminya. Ketika inilah kita membuat pilihan untuk tetap membaca Alkitab. Kita jarang bertindak kerana rasa ingin berbuat demikian, tetapi sering kalinya perasaan kita timbul apabila kita bertindak.
Apabila anda bergerak maju dalam tabiat harian baru membaca Alkitab ini, Tuhan akan mula menunjukkan perkara yang tidak pernah dibayangkan oleh anda. Percayalah bahawa pelaburan ini akan membuahkan untung rohani jangka panjang dalam kehidupan anda.
Renungan
- Adakah anda membaca Alkitab anda setiap hari? Mengapa ya atau mengapa tidak?
- Berfikir-fikir tentang membuat komitmen untuk membaca Alkitab anda setiap hari untuk 30 hari seterusnya. Anda mungkin ingin mencari seseorang untuk berkongsi cabaran ini demi akauntabiliti. (Anda boleh memulakan Pelan Alkitab bersama Sahabat dan menjemput mereka untuk menyertai anda!)
Perihal Pelan
Berterus-teranglah: kita sedar bahawa membaca Alkitab adalah idea yang baik, tetapi agak sukar untuk mengetahui cara memulakannya. Sepanjang empat hari seterusnya, kita akan belajar mengapa Alkitab itu penting, bagaimana memulakan tabiat membaca setiap hari, dan bagaimana menerapkannya dalam kehidupan kita sekarang ini.
More