Lebih Baik BersamaSampel
Apabila Anda Membantu Orang Lain Bertumbuh, Anda Juga Bertumbuh
Allah bertindak membantu anda bertumbuh apabila anda membantu orang lain bertumbuh. Anda bertumbuh dengan lebih cepat apabila anda bersekutu dengan orang percaya yang lain dan semasa anda mendorong komitmen satu sama lain untuk mengikuti Yesus Kristus.
Alkitab menyatakan dalam 1 Timotius 4:7, “Latihlah dirimu beribadah” (TB). Bagaimanakah anda terus berlatih untuk kehidupan yang beribadat? Anda kekal dalam kumpulan kecil, dan mencari seorang rakan rohani. Pernahkah anda menyedari bahawa adalah lebih senang untuk bersenam apabila anda melakukannya bersama seseorang yang lain? Anda memerlukan seseorang untuk berjalan bersama dengan anda sepanjang perjalanan iman, dan anda perlu membuat komitmen yang sama dengan orang lain.
Tiada apa-apa yang lebih mempengaruhi kehidupan anda daripada komitmen. Beritahu saya apakah komitmen anda, dan saya akan memberitahu anda apa yang anda akan jadi dalam 20 tahun, kerana anda akan menjadi apa yang merupakan komitmen anda. Komitmen anda membentuk kehidupan anda! Sekiranya anda tidak komited terhadap apa-apa, orang lain akan membentuk kehidupan anda!
Komitmen anda bukan sahaja berpengaruh di sini dan sekarang ini juga; ia juga mempengaruhi keabadian, kerana setiap pilihan yang anda buat mempunyai kesan abadi. Itulah sebabnya mengapa Alkitab dalam Roma 1:12 menyatakan, “Maksudku adalah supaya kepercayaanku kepada Yesus boleh menguatkan kamu, dan kepercayaan kamu kepada Yesus boleh menguatkan aku.”
Itulah sebabnya mengapa anda memerlukan keluarga gereja, dan mengapa anda memerlukan kumpulan kecil. Kita saling membantu!
Perihal Pelan
Kita tidak mungkin menjadi apa yang diinginkan Allah dan memenuhi tujuan kita di bumi ini tanpa sebarang bantuan. Kita memerlukan satu sama lain, dan kita tergolong dalam Tubuh Kristus! Dalam siri ini, Pastor Rick menjelaskan bagaimana menjalankan kehidupan berhubungan dengan orang lain.
More