Melangkah ke dalam TujuanSampel

Step into Purpose

HARI 1 DARIPADA 5

Sehingga Kaki Anda Tidak Mencecah Bumi 

Visi adalah amat penting untuk melangkah ke dalam tujuan anda. 

Yehezkiel 47 menceritakan tentang sungai yang mengalir dari Bait Suci, dari Bilik Maha Suci (lihat Yesaya 6:1-6). Petikan ini adalah berkuasa kerana ia menunjukkan bahawa jika anda mengejar kekudusan Allah, anda pasti akan menerima visi bagi tujuan yang disediakan oleh-Nya untuk anda. 

Walau bagaimanapun, seperti yang ditunjukkan oleh petikan itu, ini tidak dicapai dalam zon selesa anda.  

Yehezkiel bergerak melalui empat tahap yang berbeza sebelum ia dapat melihat. Kita kerap meminta Allah untuk menyatakan tujuan kita, tetapi kita hanya rela bergerak sehingga kaki terbenam ke paras buku lali. Penglihatan Yehezkiel menunjukkan hidup berkelimpahan yang dipelihara oleh kehampiran dengan kekudusan Allah (sungai, lihat Mazmur 1:1-3). Perkara yang hanyut akan bertakung dan tidak bernyawa (Yeh 47:11). 

Jika anda inginkan kejelasan dan visi yang berterusan untuk tujuan anda, anda perlu menjalin hubungan dengan Allah yang melampaui batas anda. Hubungan yang menenggelamkan anda, dan kaki anda tidak mencecah bumi zon selesa anda. Di tempat inilah anda menyerahkan kuasa anda dan, sebagai tukaran, mendapati diri dipimpin-Nya ke arah tujuan yang mengandungi kepenuhan hidup. 


Ditulis oleh Candace Tossas

Hari 2

Perihal Pelan

Step into Purpose

Apakah tujuan saya? Apakah yang harus saya lakukan dengan hidup saya? Apakah rancangan Allah untuk saya? Kita semua pernah tertanya-tanya tentang semua ini. Kami ingin menjawab beberapa daripada pertanyaan ini semasa kami membincangkan maksud melangkah ke dalam tujuan anda. Sertai beberapa orang pelajar C3 College kami semasa mereka menjelaskan tentang topik ini.

More

Kami berterima kasih kepada C3 Church Sydney Pty Ltd kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.c3college.com/