Melangkah ke dalam TujuanSampel
Ketabahan Beriman
Terdapat banyak wira yang menakjubkan sebelum kita, yang memenuhi tujuan mereka untuk membawa perbezaan, membentuk dunia kita sekarang ini.
Beberapa nama seperti Nelson Mandela, Mother Teresa, dan Bethany Hamilton (yang meskipun kurang upaya tidak pernah putus asa terhadap tujuan dan panggilannya).
Kita boleh belajar daripada pemimpin menakjubkan ini, dan terdapat banyak sifat yang membuat mereka wira yang menonjol. Walau bagaimanapun, saya ingin menumpukan perhatian pada satu sifat yang dimiliki oleh tiga orang tokoh ini, yang penting dalam 'Stepping into your Purpose', - iaitu ketabahan beriman!
Ketabahan mungkinlah sukar apabila kita hidup dalam dunia yang dipenuhi kenegatifan - terutamanya terhadap keKristianan dan Allah. Namun, satu hal yang pasti ialah Allah memihak kepada anda! Jika Pencipta kita telah memanggil anda dan membentuk tujuan anda, Dia mahu anda mencapainya. Ini mungkin kelihatan lebih besar daripada anda sekarang ini… dan ia MEMANGLAH lebih besar daripada anda! Tapi, biarlah saya mendorong anda dengan cerita bagaimana nabi Yeremia menjadi nabi dan bagaimana Allah telah memanggilnya.
Menerusi Yeremia bab 1 (pendek kata), kita melihat Allah memanggil Yeremia untuk menjadi seorang nabi bukannya untuk teman senegerinya sahaja tetapi bagi BANGSA-BANGSA - tugas yang menakutkan bukan? Namun, Allah berusaha sedaya upaya untuk meyakinkan dan melengkapkan Yeremia untuk tujuannya (Yer 1:9-14). Secara terus terang, Yeremia mengatasi beban yang berat dalam lingkungan tujuan, tetapi Allah menjanjikan Yeremia bahawa Dia tidak akan mengecewakan atau meninggalkannya.
Daripada mesej ini, kita boleh tetap yakin bahawa Allah mahu anda untuk mencapai tujuan anda, meskipun tugas itu kelihatan sukar. Kita boleh belajar daripada ketabahan Yeremia untuk mencapai kejayaan dengan Allah! Musuh tidak dapat menyentuh apa yang telah dilantik oleh Allah, melainkan kita membenarkannya. Allah telah memanggil anda untuk berjaya dalam tujuan anda kerana Dia mempercayai anda dan telah mencipta anda untuk perkara khusus itu. Dia menyertai anda dan anda disokong oleh seluruh syurga! Jadi, bersungguh-sungguhlah, bertabah hati dan tidak mendengar dusta dan percubaan musuh untuk membuat anda tawar hati. Ketabahan ialah kunci untuk menjayakan tujuan anda yang telah diberikan oleh Allah!
Anda, yang sedang membaca ini, boleh dan akan menjadi wira yang diperlukan oleh dunia ini, jadi teguhkanlah hati dan dengarlah janji yang diberikan oleh Allah kepada Yeremia - "Mereka tidak akan mengalahkan engkau, kerana Aku menyertai engkau untuk melindungi engkau. Aku, TUHAN, telah berfirman." (Yer 1:19)
Ditulis oleh Ashleigh Meyer
Perihal Pelan
Apakah tujuan saya? Apakah yang harus saya lakukan dengan hidup saya? Apakah rancangan Allah untuk saya? Kita semua pernah tertanya-tanya tentang semua ini. Kami ingin menjawab beberapa daripada pertanyaan ini semasa kami membincangkan maksud melangkah ke dalam tujuan anda. Sertai beberapa orang pelajar C3 College kami semasa mereka menjelaskan tentang topik ini.
More