Pada tahun Raja Uzia mangkat, aku nampak Tuhan. Dia bersemayam di atas takhta-Nya yang tinggi dan mulia. Kelepet jubah-Nya memenuhi seluruh Rumah TUHAN. Makhluk-makhluk yang bernyala seperti api berdiri di sekeliling-Nya: setiap makhluk mempunyai enam sayap. Tiap-tiap makhluk itu menggunakan dua sayap untuk menutup muka, dua sayap lagi untuk menutup tubuh, dan dua lagi untuk terbang. Makhluk-makhluk itu berseru satu sama lain, “Suci, suci, suci! Sucilah TUHAN Yang Maha Kuasa! Bumi penuh dengan hadirat-Nya yang mulia.” Suara makhluk-makhluk itu menyebabkan asas Rumah TUHAN bergoncang, dan Rumah TUHAN itu dipenuhi asap. Lalu aku berkata, “Malanglah aku! Tiada harapan lagi bagi aku, kerana tiap-tiap perkataanku itu dosa, dan aku hidup di kalangan orang yang begitu juga. Namun dengan mataku sendiri, aku telah melihat Raja, TUHAN Yang Maha Kuasa!” Kemudian salah satu makhluk itu terbang turun kepadaku, membawa bara yang diambilnya dari mazbah dengan sepit.
Baca YESAYA 6
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: YESAYA 6:1-6
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video