YESAYA 6:1-6
YESAYA 6:1-6 Alkitab Berita Baik (BM)
Pada tahun Raja Uzia mangkat, aku nampak Tuhan. Dia bersemayam di atas takhta-Nya yang tinggi dan mulia. Kelepet jubah-Nya memenuhi seluruh Rumah TUHAN. Makhluk-makhluk yang bernyala seperti api berdiri di sekeliling-Nya: setiap makhluk mempunyai enam sayap. Tiap-tiap makhluk itu menggunakan dua sayap untuk menutup muka, dua sayap lagi untuk menutup tubuh, dan dua lagi untuk terbang. Makhluk-makhluk itu berseru satu sama lain, “Suci, suci, suci! Sucilah TUHAN Yang Maha Kuasa! Bumi penuh dengan hadirat-Nya yang mulia.” Suara makhluk-makhluk itu menyebabkan asas Rumah TUHAN bergoncang, dan Rumah TUHAN itu dipenuhi asap. Lalu aku berkata, “Malanglah aku! Tiada harapan lagi bagi aku, kerana tiap-tiap perkataanku itu dosa, dan aku hidup di kalangan orang yang begitu juga. Namun dengan mataku sendiri, aku telah melihat Raja, TUHAN Yang Maha Kuasa!” Kemudian salah satu makhluk itu terbang turun kepadaku, membawa bara yang diambilnya dari mazbah dengan sepit.
YESAYA 6:1-6 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Pada tahun kemangkatan Raja Uzia, aku melihat Tuhan bersemayam di takhta-Nya yang tinggi dan menjulang. Hujung jubah-Nya memenuhi Bait Suci. Para malaikat serafim berdiri di sebelah atas-Nya, masing-masing memiliki enam sayap, dengan dua sayap menudungi wajah mereka, dua sayap yang lain mereka menudungi kaki mereka, dan dengan dua lagi sayap itulah mereka terbang. Mereka saling berseru, katanya, “Suci, suci, sucilah TUHAN alam semesta! Seluruh bumi penuh dengan kemuliaan-Nya!” Maka bergoyanglah alas ambang pintu kerana suara malaikat yang berseru itu, dan Bait itu pun dipenuhi asap. Lalu kataku, “Malangnya aku! Aku binasa! Sebabnya aku seorang yang najis bibir, dan aku tinggal di tengah-tengah bangsa yang najis bibir. Namun demikian, mataku telah melihat Sang Raja, TUHAN alam semesta!” Kemudian satu daripada para malaikat serafim itu terbang ke arahku dengan membawa bara api yang diambilnya dengan penyepit dari atas mazbah.