Meluangkan Masa untuk BerehatSampel
Dipenuhi Demi Mencurah.
Dipenuhi Roh bermaksud — tunduk sepenuhnya kepada kuasa-Nya. Apabila jiwa kita tunduk kepada Roh Kudus, Allah Sendiri akan memenuhinya. — Andrew Murray
Sebab kita perlu berehat adalah kita telah bekerja atau menggunakan tenaga dalam sesetengah cara. Oleh sebab kita belajar cara berehat dan rasa sudah berehat, tidak semestinya bermaksud kita akan kekal demikian.
Kita akan bekerja lagi.
Kita akan membantu orang lain lagi.
Kita akan rasa hampa lagi.
Berehat demi rehat bukanlah maksudnya. Kita rehat dan berehat supaya kita boleh bekerja lagi. Terdapat pasang surut bekerja dan berehat yang indah; dipenuhi supaya kita boleh mencurah.
Seperti yang telah dibincangkan, merenungkan Firman Allah, menulis buku harian, dan memisahkan diri daripada perkara yang mengganggu kita adalah amalan yang memenuhi kita semula. Kita menemukan rehat apabila kita melakukan ini setiap hari. Sebagaimana tubuh fizikal kita memerlukan masa yang banyak setiap malam untuk pulih, roh kita juga demikian. Kita tidak boleh harapkan untuk memiliki roh yang kuat dan bersemangat tanpa melabur dalamnya. Kita tidak boleh fikir bahawa cuti seminggu boleh memelihara kita untuk beberapa bulan. Kita mesti buat deposit harian ke dalam baldi rehat kita untuk bertahan. Kita perlu menumpukan perhatian untuk mengetahui bila terlalu banyak pengeluaran telah dibuat.
Dalam bukunya, Leading on Empty: Refilling Your Tank and Refueling Your Passion, penulis dan pastor Wayne Cordeiro bercerita tentang mimpinya. Seorang wanita berjumpa dengan seorang petani di ladangnya dan meminta sesuatu yang tidak dimiliki petani itu. Petani itu menjawab, "Datang semula esok, dan saya akan ada bekalan baru." Wanita itu berasa sedih tetapi itu tidak mengganggu petani itu. Petani itu meneruskan kerjanya. Orang datang ke ladangnya setiap hari dan apabila dia kehabisan telur atau susu, dia cuma berkata, "Datang semula esok, dan saya akan ada bekalan baru." Pastor Cordeiro berkongsi pandangan baru yang diperolehnya selepas mimpi itu:
Saya tidak perlu mengikat diri pada kitaran rekaan yang tidak henti-henti untuk menghasilkan lebih banyak, membuat lebih banyak atau cuba mengatasi nombor minggu lepas. Saya memiliki masa yang terhad setiap hari, dan saya ingin melakukan apa yang mungkin dengan sepenuh hati. Apabila masa tamat, saya akan berkata, "Datang semula esok, dan saya akan ada bekalan baru."
Kita bangun setiap hari dengan tenaga mental, emosi, dan fizikal tertentu. Apabila kita sudah mencurahkan segala sesuatu yang boleh diberikan, kita mesti berehat. Apabila kita berada dalam keadaan kosong ini, kita makin kecil dan tidak menghalang pekerjaan-Nya dalam kehidupan kita.
Bersandar, berhenti, dan berehat. Ini merupakan masa yang paling sesuai dan kena pada waktunya untuk dipenuhi Roh Allah.
Renungan
- Adakah anda rasa bahawa anda perlu memenuhi setiap keperluan yang dilihat?
- Apakah yang boleh anda masukkan ke dalam hari anda untuk rasa telah dipenuhi semula?
- Tuliskan apa-apa pendedahan yang dibicarakan oleh Allah kepada anda melalui bacaan Alkitab atau renungan hari ini.
Perihal Pelan
Gila kerja dan kesibukan tidak henti-henti kerap dipuji dalam dunia kita, dan berehat agak mencabar. Demi menjalankan peranan dan rancangan kita secara berkesan, kita mesti belajar berehat jika tidak kita tidak ada apa pun yang tinggal untuk disumbangkan kepada orang yang dikasihi dan kepada matlamat yang ditetapkan. Marilah menghabiskan masa lima hari seterusnya untuk belajar tentang rehat dan bagaimana kita boleh memasukkan apa yang dipelajari dalam kehidupan kita.
More