Meluangkan Masa untuk BerehatSampel
Membaharui Semula Minda Anda dengan Menulis Buku Harian.
Apa pun yang anda fikirkan akan berkembang. Jangan tumpukan perhatian pada apa yang sedang anda hadapi. Tumpukan perhatian pada apa yang akan anda lakukan! — Dr. Caroline Leaf
Pada hari kedua, kita mempelajari satu cara untuk berehat dengan merenungkan Firman Allah supaya tindakan kita akan menjadi sejajar dengan kebenaran-Nya. Terdapat banyak cara untuk membenarkan Alkitab meresap ke dalam roh kita. Kebenaran-Nya akan, secara harfiah, melimpahi minda kita dan kita akan mula melihat perkara secara berbeza. Apabila kita merenungkan Firman Allah, minda kita akan diperbaharui dan kita akan menemukan rehat yang kita rasa tidak mungkin diperoleh.
Demi memanfaatkan sebaik-baiknya masa kita dalam Firman Allah, kita boleh mengintegrasikan penulisan buka harian sebagai sebahagian daripada amalan harian kita. Menulis buku harian tidak perlulah terperinci atau mendalam jika ia bukan sesuatu yang biasa dilakukan. Ia bolehlah semudah menulis beberapa ayat daripada apa-apa wawasan yang diterima semasa membaca Alkitab. Terdapat banyak cara untuk menulis buku harian. Kita boleh menuliskan fikiran atau doa kita; sesetengah orang melukis semasa menulis buku harian. Tiada cara yang betul untuk melakukannya. Demi membantu anda memulakannya, berikut adalah beberapa garis panduan mudah:
- Pilih satu ayat (atau beberapa ayat) dan membacanya.
- Bacanya semula.
- Catatkannya.
- Minta Allah untuk wawasan dan catatkannya.
Mungkin anda memutuskan untuk menulis tentang Roma 8:28 yang mengatakan, "Kita tahu bahawa Allah mengendalikan segala hal sehingga menghasilkan yang baik bagi orang yang mengasihi Dia dan yang sudah dipanggil-Nya sesuai dengan rancangan-Nya." Selepas membacanya dua atau tiga kali, kita mencatatkannya. Kita juga boleh memilih untuk menuliskan beberapa terjemahan Alkitab yang berbeza. Kita mengakhiri waktu menulis buku harian dengan meminta Allah untuk wawasan tentang apa yang baru dibaca.
Semasa kita meneliti ayat Alkitab menggunakan pelan yang diberikan di atas, kita boleh membatinkan ayat tersebut sepanjang hari. Menulis buku harian setiap hari juga memberikan garis masa yang boleh disemak untuk melihat perkembangan rohani kita serta cara baru di mana Allah telah berbicara kepada kita pada masa lalu.
Kita akan melihat perkara dengan lebih jelas dan menemukan perspektif baru berkenaan cara Firman Allah berkaitan dengan hidup kita dan memulihkan kita dari dalam. Dengan minda kita yang diperbaharui, kita menerima rehat yang tidak dapat diperoleh melalui mana-mana keseronokan duniawi.
Renungan
- Pernahkah anda menjadikan penulisan buku harian sebahagian daripada waktu harian anda dengan Allah?
- Pilih satu ayat dan tuliskan buku harian tentangnya menggunakan garis panduan di atas.
- Tuliskan apa-apa pendedahan yang dibicarakan oleh Allah kepada anda melalui bacaan Alkitab atau renungan hari ini.
Perihal Pelan
Gila kerja dan kesibukan tidak henti-henti kerap dipuji dalam dunia kita, dan berehat agak mencabar. Demi menjalankan peranan dan rancangan kita secara berkesan, kita mesti belajar berehat jika tidak kita tidak ada apa pun yang tinggal untuk disumbangkan kepada orang yang dikasihi dan kepada matlamat yang ditetapkan. Marilah menghabiskan masa lima hari seterusnya untuk belajar tentang rehat dan bagaimana kita boleh memasukkan apa yang dipelajari dalam kehidupan kita.
More