9 Bohong Biasa yang Dipercayai oleh Orang Kristian: Bahagian 2 daripada 3Sampel

9 Common Lies Christians Believe: Part 2 Of 3

HARI 3 DARIPADA 3

Menurut Kamus Merriam-Webster, perkataan paradox (paradoks) bermaksud “sesuatu yang bercanggah atau bertentangan dengan pendapat yang diterima umum tetapi mungkin benar." Pada dasarnya, hal yang kelihatan bodoh kepada dunia ini ialah hal yang membawa kuasa Allah. Apabila anda membandingkan prinsip cara Allah melakukan sesuatu dengan prinsip cara dunia ini melakukan sesuatu, semua perkara kelihatan terbalik. Atas ialah bawah. Kiri ialah kanan. Salah ialah betul. Tembakan tepat tidak mengenai pusat sasaran. Untung ialah rugi. Terakhir ialah pertama. Dan hidup ialah mati. 

Berikut ialah beberapa contoh terbaik tentang paradoks alkitabiah: 

Demi ditinggikan, anda mesti merendahkan diri. “Hendaklah kamu merendahkan diri di hadapan Tuhan, maka Dia akan meninggikan kamu” (Yakobus 4:10). “Oleh itu, rendahkanlah diri kamu ke bawah tangan Allah yang berkuasa, supaya Dia meninggikan kamu pada masa yang ditetapkan-Nya” (1 Petrus 5:6).

Demi menjadi kuat, anda mesti menjadi lemah. “Tetapi Tuhan menjawab, 'Aku mengasihi kamu dan hal itu sudah cukup bagimu, kerana kuasa-Ku nyata sekali pada masa kamu lemah.' Oleh itu aku lebih suka membanggakan kelemahanku, supaya merasakan kuasa Kristus yang melindungi aku. Aku bersukacita ketika mengalami kelemahan, hinaan, kesukaran, penganiayaan, dan kesusahan, kerana Kristus. Aku bersukacita, kerana ketika aku lemah, pada masa itulah aku mendapat kekuatan daripada Kristus” (2 Korintus 12:9-10).

Demi menerima, anda mesti memberi. “Dalam segala perkara aku sudah memberikan teladan kepada kamu bahawa dengan bekerja keras seperti ini, kita harus menolong orang yang lemah. Ingatlah akan kata-kata Tuhan Yesus, ‘Lebih berbahagia memberi daripada menerima'” (Kisah Rasul-rasul 20:35).

Demi hidup, anda mesti mati. “Jika kamu hidup menurut tabiat manusia, kamu akan mati; tetapi jika dengan kuasa Roh Allah kamu mematikan semua perbuatan kamu yang berdosa, kamu akan hidup” (Roma 8:13). “Dia mesti menjadi semakin penting dan aku semakin kurang penting” (Yohanes 3:30).

Paradoks injil ini sungguh mengelirukan, tetapi sangat indah. 

Soalan Renungan: 

Paradoks yang manakah paling mendorong anda? Bagaimanakah menumpukan perhatian pada paradoks ini menggalakkan pertumbuhan rohani anda?

Kebenaran: 

Sentiasa ada jalan yang kelihatan betul bagi dunia ini, dan ada jalan yang betul bagi Tuhan. Pilihlah jalan Tuhan selalu, bukan jalan dunia ini. 

Hari 2

Perihal Pelan

9 Common Lies Christians Believe: Part 2 Of 3

Allah mungkin tidak sama dengan apa yang anda fikirkan. Mungkin Dia adalah lebih baik. Renungan ini akan membantu anda mengenal pasti beberapa klise yang pernah kita dengar tetapi sebenarnya bohong yang tidak alkitabiah. Klise ini mungkin kelihatan tidak bermaksud apa-apa, tetapi berbahaya kepada iman kita dan menghalang banyak orang percaya daripada kematangan rohani. Ketahui cara mengatasi bohong ini dengan kebenaran tentang Allah dalam Alkitab untuk membawa dorongan dan kebebasan bagi kehidupan kita.

More

Kami berterima kasih kepada WaterBrook Multnomah kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://waterbrookmultnomah.com/books/567221/9-common-lies-christians-believe-by-shane-pruitt/