9 Bohong Biasa yang Dipercayai oleh Orang Kristian: Bahagian 2 daripada 3Sampel
Pernahkah anda rasa seolah-olah Allah tidak menyukai anda? Mungkin anda rasa Dia tidak mengambil berat terhadap anda. Semua itu ialah bohong.
Allah mengasihi anda dengan kasih yang sempurna. Dia didorong oleh kasih agape-Nya, dan bertindak mengikut kasih itu terhadap ciptaan-Nya. Agape ialah perkataan Yunani untuk bentuk kasih yang penuh pengorbanan. Kasih agape ialah kasih yang sentiasa dikaitkan dengan kasih Allah dan cara Dia memberikan kasih yang sempurna itu kepada ciptaan-Nya. Ia ialah bentuk kasih yang tidak mungkin kita ketahui atau alami tanpa Allah. Kita tidak mungkin menerimanya daripada orang lain, kerana bentuk kasih manusia yang semula jadi tidak sebaik seperti kasih agape.
Kebanyakan hubungan dibina atas bentuk kasih jika/maka, lebih dikenali sebagai kasih bersyarat. Jika anda melakukan apa yang saya mahu anda untuk lakukan, maka saya akan mengasihi anda. Jika anda mengasihi saya, maka saya akan membalas kasih itu. Sebaliknya, kasih Allah tidak bersyarat. Dia mengasihi kita walaupun kita bercelaru. Dia berupaya mengasihi orang yang tidak mengasihi Dia.
Ia ialah kasih yang diberikan oleh Allah kepada kita semasa kita tidak patut menerimanya. Dia memberikannya kepada kita dan tidak menjangka kita untuk membalasnya, kerana kita tidak mungkin berupaya membalasnya. Ia betul-betul kasih yang tidak bersyarat. “Tetapi Allah telah menunjukkan betapa besarnya kasih-Nya kepada kita, kerana Kristus mati bagi kita semasa kita masih berdosa”. (Roma 5:8)
Anda tidak perlu berusaha untuk membuat Allah menyukai anda, kerana Dia sememangnya amat mengasihi anda dengan sempurna dan tanpa syarat. Dia mengasihi anda sebelum anda berpeluang untuk melakukan apa-apa untuk Dia. Dia mengasihi anda sebelum Dia mencipta anda. Ambillah seminit untuk membenarkan kebenaran ini untuk meresapi fikiran anda.
Anda rasa Allah tidak mengambil berat terhadap anda? Dia mengasihi anda sebelum Dia mencipta anda! “Sebelum dunia ini diciptakan, Allah telah memilih kita untuk menjadi umat-Nya melalui hidup bersatu dengan Kristus, supaya kita menjadi suci dan tidak bercela di hadirat-Nya. Kerana kasih-Nya, Allah telah membuat keputusan untuk menjadikan kita anak-anak-Nya melalui Yesus Kristus. Itulah keinginan dan kehendak Allah” (Efesus 1:4–5).
Soalan Renungan:
Apakah maksud agape ? Adakah pemahaman akan kasih itu asing atau biasa bagi anda?
Kebenaran: Anda tidak perlu berusaha untuk membuat Allah menyukai anda, kerana Dia sememangnya amat mengasihi anda.
Perihal Pelan
Allah mungkin tidak sama dengan apa yang anda fikirkan. Mungkin Dia adalah lebih baik. Renungan ini akan membantu anda mengenal pasti beberapa klise yang pernah kita dengar tetapi sebenarnya bohong yang tidak alkitabiah. Klise ini mungkin kelihatan tidak bermaksud apa-apa, tetapi berbahaya kepada iman kita dan menghalang banyak orang percaya daripada kematangan rohani. Ketahui cara mengatasi bohong ini dengan kebenaran tentang Allah dalam Alkitab untuk membawa dorongan dan kebebasan bagi kehidupan kita.
More