9 Bohong Biasa yang Dipercayai oleh Orang Kristian: Bahagian 2 daripada 3Sampel
Kita semua pernah mengatakannya, atau berfikirnya: “Yesus tidak mungkin memahami apa yang sedang saya alami sekarang ini.”
Sering kali, fikiran ini disebabkan oleh penderitaan fizikal, kesepian, atau pemikiran bahawa anda sahajalah yang bergelut dengan godaan, dugaan, atau konflik tertentu.
Apabila Anak Allah datang ke dunia ini dua ribu tahun lalu, Dia ialah Allah sepenuhnya, tetapi Dia jugalah manusia sepenuhnya. Kenyataan ini merangkumi semua pengalaman berkenaan maksudnya menjadi manusia—yang baik, yang buruk, dan yang hodoh.
Kebenarannya ialah, jika ada orang yang boleh memahami apa yang sedang anda lalui, ia ialah Yesus. Terdapat banyak contoh, tetapi marilah kita lihat dua contoh:
Yesus Tahu Akan Maksudnya Dikhianati
Malangnya, Yesus tahu akan keseksaan pengkhianatan. Dia bukan sahaja dikhianati oleh pemimpin agama yang berasa iri hati terhadap orang ramai yang mengikuti-Nya, malah dikhianati oleh teman yang akrab. Contohnya, keluarga-Nya! Salah seorang daripada sahabat terdekat-Nya, Petrus, juga mengkhianati Yesus dengan menafikan bahawa ia mengenal Yesus. Akhirnya, seorang daripada 12 orang murid-Nya mengkhianati-Nya untuk 30 keping perak.
Yesus Tahu Akan Maksudnya Bersedih
Yesus tahu akan maksudnya mengalami seksaan jiwa, kesedihan, dan kedukaan. Beberapa contoh dalam Injil menunjukkan Yesus menangis, pertama kerana keadaan Yerusalem: “Yesus semakin dekat Yerusalem dan apabila Dia melihat kota itu, Dia menangisinya" (Lukas 19:41), dan kedua, kerana kesedihan-Nya terhadap kematian kawan yang dikasihi: “Yesus menangis” (Yohanes 11:35).
Soalan Renungan:
Bagaimanakah contoh tentang Yesus yang boleh mengaitkan diri dengan pengalaman hidup anda mengubah atau menguatkan pandangan anda tentang Dia?
Kebenaran:
Mudah sahaja, Yesus tahu akan maksudnya hidup sebagai manusia. Dia lapar. Dia haus. Dia tidur. Dia perlu belajar. Dia bertumbuh. Dia mengasihi. Dia bersyukur. Dia marah. Ada kalanya Dia susah hati. Dia berdoa. Dia mengerjakan iman. Dia membaca Alkitab. Dia bersedih melihat penyakit orang lain. Dia menangis semasa melihat kematian. Seperti yang dinyatakan dalam him lama Yesus Sahabat Sejati, “Ia tahu kelemahanmu.”
Perihal Pelan
Allah mungkin tidak sama dengan apa yang anda fikirkan. Mungkin Dia adalah lebih baik. Renungan ini akan membantu anda mengenal pasti beberapa klise yang pernah kita dengar tetapi sebenarnya bohong yang tidak alkitabiah. Klise ini mungkin kelihatan tidak bermaksud apa-apa, tetapi berbahaya kepada iman kita dan menghalang banyak orang percaya daripada kematangan rohani. Ketahui cara mengatasi bohong ini dengan kebenaran tentang Allah dalam Alkitab untuk membawa dorongan dan kebebasan bagi kehidupan kita.
More