9 Bohong Biasa yang Dipercayai oleh Orang Kristian: Bahagian 1 daripada 3 Sampel

9 Common Lies Christians Believe: Part 1 Of 3

HARI 3 DARIPADA 3

_____________ tidak mungkin berubah. 

Salah satu bohong iblis yang terbesar untuk mengecewakan pengikut Yesus ialah “____________ tidak mungkin berubah.” Jadi, siapakah yang diisikan pada tempat kosong anda itu? Berkemungkinan besar, orang itu ialah orang yang sangat anda kasihi dan hargai. Orang itu mungkinlah anak, cucu, ibu bapa, adik-beradik, atau kawan karib anda. Anda sudah putus harapan kerana anda percaya bahawa orang itu tidak akan berubah. 

Sebaliknya, orang yang diisikan pada tempat kosong itu mungkinlah seseorang yang membuat anda marah. Orang itu adalah teruk. Ia menikmati dosanya, dan sekurang-kurangnya pada lahirnya, ia kelihatannya tidak menghiraukan bagaimana kelakuannya mempengaruhi orang lain. Barangkali semasa hampa, anda menggambarkannya dan tindakannya sebagai betul-betul jahat. Orang itu mungkinlah bekas pasangan, bos yang tidak jujur, jiran yang perengus dan banyak kerenah, ataupun pemimpin dunia yang menyebabkan pelbagai masalah untuk rakyat yang sepatutnya dilayani. Memanglah senang untuk memandang tindakan mereka dan mengatakan bahawa mereka tidak mungkin berubah. 

Sama ada orang yang diisikan pada tempat kosong anda itu ialah orang yang dikasihi, seseorang yang dibenci, atau seseorang yang menimbulkan kedua-dua emosi ini, jika anda mempercayai bahawa ia tidak mungkin berubah, sudah tiba masanya anda menjadi orang yang berubah. Anda perlu menyedari bahawa anda mempercayai satu bohong. Anda menempatkan penegasan di tempat yang salah, menumpukan perhatian pada orang yang mustahil dan bukannya pada Allah yang tiada hal yang mustahil. Begini, soalnya bukanlah "Siapa yang ditempatkan di tempat kosong itu?" tetapi "Siapakah yang anda percaya?" Allah ialah penciptanya, Dia masih mengasihinya, dan Dia berkuasa untuk mengubahnya. Tiada orang yang tidak berharapan. Tiada manusia yang masih hidup, yang tidak dapat dijangkau oleh kasih kurnia Allah yang mengampunkan dan menghasilkan transformasi. 

Soalan Renungan: 

Siapakah yang ditempatkan pada tempat kosong anda itu? Jika anda berterus terang, pernahkah anda mempercayai bahawa Allah tidak dapat mengubah orang itu?

Luangkan masa untuk menyelami jiwa sendiri. Adakah anda betul-betul mahu orang itu untuk berubah? Adakah ia akan disambut kembali dalam hidup anda jika ia berubah? Berhenti sekarang ini dan berdoalah untuk orang itu. 

Kebenaran: 

Tiada hal yang mustahil bagi Allah. Dia berkuasa untuk mengubah orang supaya mereka mula menjalankan hidup yang diinginkan-Nya untuk mereka. 

Hari 2

Perihal Pelan

9 Common Lies Christians Believe: Part 1 Of 3

Allah mungkin tidak sama dengan apa yang anda fikirkan. Mungkin Dia adalah lebih baik. Renungan ini akan membantu anda mengenal pasti beberapa klise yang pernah kita dengar tetapi sebenarnya bohong yang tidak alkitabiah. Klise ini mungkin kelihatan tidak bermaksud apa-apa, tetapi berbahaya kepada iman kita dan menghalang banyak orang percaya daripada kematangan rohani. Ketahui cara mengatasi bohong ini dengan kebenaran tentang Allah dalam Alkitab untuk membawa dorongan dan kebebasan bagi kehidupan kita.

More

Kami berterima kasih kepada WaterBrook Multnomah kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://waterbrookmultnomah.com/books/567221/9-common-lies-christians-believe-by-shane-pruitt/