9 Bohong Biasa yang Dipercayai oleh Orang Kristian: Bahagian 1 daripada 3 Sampel

9 Common Lies Christians Believe: Part 1 Of 3

HARI 1 DARIPADA 3

Allah mahu saya gembira. 

Adakah kegembiraan kebaikan yang terutama di dunia ini? Selama yang saya ingat pernyataan seperti "Isteri yang gembira menjaminkan hidup yang gembira" dan "Matlamat utama hidup ialah pengejaran kegembiraan" merupakan perkara pokok dalam masyarakat kita. Walau bagaimanapun, adakah itu keutamaan Allah bagi hidup kita—bergembira sahaja? 

Jangan salah faham. Saya tidak menentang kegembiraan. Saya ialah peminat besar kegembiraan yang sihat. Hal yang saya maksudkan ialah definisi kegembiraan dunia ataupun, lebih relevan terhadap kita lagi, pandangan kita tentang kegembiraan. Tanggapan kegembiraan dunia berkait langsung dengan keadaan. Jika keadaan kita adalah baik, kita adalah gembira. Jika tidak, maka kita tidaklah gembira. 

Inilah hakikatnya: keadaan kita sentiasa berubah. Banyak antara kita membenarkan keadaan bolak-balik ini untuk menentukan kegembiraan kita. Membenarkan kuasa luaran mengawal perasaan dalaman kita ialah senario yang amat bahaya. 

Adakah Allah mempunyai sesuatu yang lain untuk anda selain daripada kegembiraan sahaja? Berikut ialah jawapan yang bagus untuk soalan yang baik itu. Tiga perkataan: J-O-Y (Sukacita). Allah inginkan anda dan saya untuk mengalami sukacita—kepuasan, keyakinan dan harapan yang tetap, yang hanya terhasil daripada mempercayai-Nya. 

Kebenaran yang indah ini ialah tanda lain bagi sebab sukacita adalah lebih besar daripada kegembiraan. Sukacita tidak bergantung pada keadaan luaran, tetapi pada Kristus yang diam dalam orang percaya. Jika Roh Kristus sentiasa ada dalam diri saya dan tidak pernah meninggalkan saya, maka sukacita saya tidak akan meninggalkan saya. Walau apa pun yang saya hadapi, saya boleh memiliki sukacita kerana Allah menyertai saya. Hari yang baik— sukacita. Hari yang teruk—sukacita. Penderitaan—sukacita. Apabila segala hal berjalan lancar—sukacita. Apabila tiada hal yang kena—sukacita. Sukacita saya kekal kerana Kristus saya kekal. 

Soalan Renungan: 

Apakah perbezaan antara definisi kegembiraan dunia dengan definisi sukacita Alkitab? 

Bilakah dalam hidup anda keadaan anda telah menentukan kegembiraan anda? Bagaimanakah menumpukan perhatian pada sukacita pada ketika itu menjadi lebih berguna? 

Kebenaran: 

Definisi kegembiraan dunia kerap ditentukan oleh keadaan, tetapi sukacita alkitabiah berdasarkan seorang yang bernama Yesus. 

Hari 2

Perihal Pelan

9 Common Lies Christians Believe: Part 1 Of 3

Allah mungkin tidak sama dengan apa yang anda fikirkan. Mungkin Dia adalah lebih baik. Renungan ini akan membantu anda mengenal pasti beberapa klise yang pernah kita dengar tetapi sebenarnya bohong yang tidak alkitabiah. Klise ini mungkin kelihatan tidak bermaksud apa-apa, tetapi berbahaya kepada iman kita dan menghalang banyak orang percaya daripada kematangan rohani. Ketahui cara mengatasi bohong ini dengan kebenaran tentang Allah dalam Alkitab untuk membawa dorongan dan kebebasan bagi kehidupan kita.

More

Kami berterima kasih kepada WaterBrook Multnomah kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://waterbrookmultnomah.com/books/567221/9-common-lies-christians-believe-by-shane-pruitt/