9 Bohong Biasa yang Dipercayai oleh Orang Kristian: Bahagian 1 daripada 3 Sampel
Saya tidak mungkin memaafkan dia!
Biasanya, kita tidak suka (dan, dengan terus-terang, tidak mahu) memaafi. Kita mahu berpaut pada kepahitan kerana kita fikir, jika saya memaafkan orang yang telah melukai saya, saya membiarkan tindakan mereka itu. Saya mengatakan bahawa apa yang dilakukan oleh orang itu adalah okey. Namun, itu tidaklah benar. Allah ialah hakim, dan Dia akan mengadili dengan sewajarnya. Kepahitan, kekurangan pemaafan, dan menaruh dendam sering menyakiti orang yang berpaut pada semua itu. Walau bagaimanapun, apabila kita memaafi, pada asasnya kita mengatakan, kamu tidak memusnahkan saya, tidak membinasakan saya, atau menghalang saya lagi, kerana Allah saya ialah sang penyembuh. Dia adalah lebih baik daripada kepahitan.
Kebanyakan daripada ketidakmaafan dan kepahitan kita berpunca daripada sesetengah situasi yang remeh. Walau bagaimanapun, sesetengah cerita, melibatkan mangsa yang sebenar. Dalam cerita seperti ini, pemaafan hanya datang daripada Allah dan melibatkan pengampunan bersaiz Allah.
Alkitab mengajar kita bahawa jika kita ingin menjadi penerima kasih kurnia Allah, kita mesti berbelas kasihan terhadap orang lain. Yesus mencabar bahawa jika kita tidak memaafkan orang lain, itu mungkinlah bukti bahawa kita tidak pernah betul-betul menerima pengampunan Allah. Atau, dengan implikasi yang betul-betul mulia, Dia mengajar kita bahawa cara yang paling praktikal untuk menunjukkan dunia ini bahawa kita memahami pemaafan dalam hidup kita ialah menunjukkan bahawa kita tahu cara memaafi.
Pemaafan tidak mudah. Sebenarnya pemaafan adalah mustahil secara sendirian. Walau bagaimanapun, berita baiknya ialah kita memiliki Allah yang memungkinkan pemaafan. "Bagi Allah tiada perkara yang mustahil” (Lukas 1:37).
Pada dasarnya, pemaafan ialah tindakan mempercayai Allah yang boleh dan akan melakukan hal yang tidak dapat kita lakukan sendiri.
Kebenarannya ialah kepahitan, ketidakmaafan, dan kemarahan merupakan beban yang berat dan menyeksakan. Sebagai orang Kristian, pilihlah untuk memaafi kerana Allah anda yang agung telah memilih untuk mengampunkan anda.
Soalan Renungan:
Fikirlah tentang seseorang yang telah menyakiti anda. Sudahkah anda memaafkan orang itu? Adakah anda rasa seolah-olah pemaafan tidak dapat dicapai dalam situasi ini? Jika ya, apakah yang membuat anda fikir demikian?
Luangkan masa untuk menyenaraikan pengampunan yang telah anda terima daripada Allah. Memandang anda telah menerima kasih kurnia dan pengampunan Allah, siapakah yang akan anda tunjukkan belas kasihan dan pemaafan sekarang ini?
Kebenaran:
Sekiranya saya ingin menjadi penerima pengampunan, saya mesti memaafi.
Perihal Pelan
Allah mungkin tidak sama dengan apa yang anda fikirkan. Mungkin Dia adalah lebih baik. Renungan ini akan membantu anda mengenal pasti beberapa klise yang pernah kita dengar tetapi sebenarnya bohong yang tidak alkitabiah. Klise ini mungkin kelihatan tidak bermaksud apa-apa, tetapi berbahaya kepada iman kita dan menghalang banyak orang percaya daripada kematangan rohani. Ketahui cara mengatasi bohong ini dengan kebenaran tentang Allah dalam Alkitab untuk membawa dorongan dan kebebasan bagi kehidupan kita.
More